EMIS goes online

Setelah beberapa hari menanti dengan penuh harapan, maka server emis kembali beroperasi walaupun loading page masih seperti dulu dan sempatlah saya membaca email dahulu di samping menjenguk blog yang terkubur buat beberapa bulan ni.

Kita  boleh  menggunakan browser Google Chrome memandangkan saya telah mencuba IE dan Mozilla Firefox dan dapatannya, browser Google Chrome tidak mengecewakan. Boleh download dari search engine Google..sekejap saja proses downloading.  Tapi capaian server bergantung juga kepada kepantasan capaian Internet yang digunakan. Mujurlah kawasan rumah dapat signal HSDPA..

www.google.com/chrome

Saya perlu mengemaskini data guru seramai 141 orang dan 20 staf. Duduk di rumah sajalah hujung minggu ni..

Ok, selamat mengemaskini data!


Leave a Comment

MIKHAIL di pasaran

 

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi

>> Petikan dari laman web Alaf21

 

Mikhail di pasaran esok

Mikhail di pasaran esok

** Tunggu Pesta Buku Antarabangsa 2009 (17 – 26 April). Mesti ada  promosi  trionovel masa tu.

Leave a Comment

OPEN BOOK TEST

An-email from a friend

OPEN BOOK TEST BAGI KOMPONEN GENERIK (UMUM) PEPERIKSAAN PTK GRED 17 – 44 di KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MULAI MAC 2009

Sumber: Portal Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi KPM.

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Penilaian Kompetensi KPM telah bersetuju supaya Kaedah Open Book Test digunakan  BAGI KOMPONEN GENERIK (UMUM) PEPERIKSAAN PTK GRED 17 – 44 di KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA mulai SESI MAC 2009.

Antara Bahan yang dibenarkan:

1. Perintah-Pperintah am
2. Peraturan pegawai awam (pelantikan,kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan) 2005
3. Peraturan pegawai awam (kelakuan &tatatertib) 1993
4. Arahan perbendaharaan
5. Akta prosedur kewangan 1957
6. Panduan pengurusan pejabat
7. Lain-lain peraturan/akta/undang-undang yang bersesuaian

Sila klik di sini untuk muaturun Surat Siaran berkenaan perkara ini.

Leave a Comment

Keputusan SPM 2008 ICT

Semalam , 12 Mac 2009 (Khamis) merupakan tarikh yang dinanti-nanti oleh pelajar SPM 2008. Berpeluh-peluh ku menantikan keputusan sampai di sekolah. Bila mata ini melihat rumusan pencapaian ikut subjek..betapa hati ini tersenyum. 9 orang dapat A! 4 dapat B dan ada juga 3 orang yang dapat 5C.  Guru mana yang tidak gembira?

During SPM Result released day

During SPM Result released day

Comments (4)

Hana Yori Dango Final the movie@ Boys Over Flower

Menonton drama jepun bersiri Hana Yori Dango atau Boys Over Flower season 1 dan season 2 sepanjang cuti tahun lepas menjadikan aku ternanti-nanti kesudahannya. Biarpun movie penamat ditayangkan di Malaysia beberapa bulan lepas, tapi rasanya agak tidak logik kiranya aku menjadi salah seorang penonton di panggung wayang, apatah lagi bersama Zali!

Jadi, tadi aku dah meleburkan RM29.90 untuk mendapatkan dvd  di Music Valley. Hee.. tak pernah-pernah aku beli dvd , nak pulak drama Jepun. Terima kasih buat adik-adikku yang membekalkan drama-drama Jepun ini buat ku tonton sepanjang tahun lepas. Setakat ni yang pernah aku tonton sambil membuang masa..Hana Yori Dango, Gokusen, GTO, Proposal Daisakusen (operation love) , Attack No. 1 , Hanazakari no Kimitachi e, Attention Please, Lunch Queen, Kurosagi dan beberapa lagi yang tak ingat tajuknya. Wah…alangkah ruginya masa-masa yang berlalu begitu saja..

Sekarang KBS World (Astro Channel – 303) ada menayangkan drama Boys Over Flower versi Korea setiap Isnin dan Selasa jam 9.00 malam. Rasanya Boys Over Flower versi Jepun yang paling seronok di tonton berbanding versi Korea dan Taiwan (Meteor Garden). Ada sesuatu yang menarik mengenai drama Jepun selain penggunaan bahasanya. Mungkin mimik muka eskpresi pelakon yang bersahaja dan agak melucukan.

Drama Boys Over Flower ini adaptasi dari komik manga Jepun “Hana Yori Dango”.
http://en.wikipedia.org/wiki/Boys_Over_Flowers

Apapun, inilah drama siri terbaik yang pernah aku tonton sampai jam 3-4 pagi sebab tak boleh berhenti !

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango Final Movie

Comments (2)

Tempat baru

Minggu lepas ada ditawarkan jawatan yang menarik dan agaknya menjadi idaman ramai bagi yang bergelar cikgu ni.. Hmm.. macam mimpi aja bila ditawarkan. Tapi, bila difikirkan sedalam-dalamnya, sepanjang jauh yang mungkin, maka keputusan yang baik untuk diriku diputuskan. Aku tak terima, dan tak dapat ‘berhijrah’ ke sana. Cukuplah perkhidmatanku di sekolah sahaja. Lagipun, dalam beberapa bulan ni nak buat projek laman web dan modul ICT.

Kenapa tak terima ye? Cuti yang pendek mengatasi segala-galanya. Eheh, setiap kali cuti panjang melebihi 5 hari, ku pastikan diri ni berada di Alor Setar.Perjalanan dari Nilai ke Alor Setar lebih kurang 6 jam sudah mengambil masa seharian. Pergi dan balik mengambil masa sehari. Jadi kalau pergi ‘ke sana’ memang sekejap sajalah berada di Alor Setar.

Persekitaran kerja pun salah satu faktor yang ‘membataskan’ anjakan paradigma diriku. Kalau ke ’sana’, tak dapatlah aku mengajar ICT lagi (sementara je).

Duduk tak duduk, rupanya kena pindah gak..bukan pindah ke tempat kerja  lain, tapi pindah ke bilik lain. Berkotak-kotak barang dan fail  berusia 5 tahun di bawa turun ke bilik guru baru. Ruang pun kecil berbanding yang lama. Takpalah, berkorban untuk diri orang lain..Lepas ni, menapak lah cikgu nan sorang ni ke makmal komputer di tingkat 3 tuh dari tingkat bawah.Rasanya setiap hari aku bakal mengira anak -anak tangga sepanjang ke makmal bersama laptop yang banyak berjasa. Beg laptop pun dah nak terkoyak asyik usung ke sini sana..haha.

Comments (4)

Sekarang

Awal tahun ini seperti biasa menjanjikan hari-hari yang ’sibuk’ bagi guru data di sekolah. Sehingga kini, data EMIS yang guru seramai 135 orang dalam daftar telah pun dikemaskini (macam ada ralat lagi je). Data Menengah 65% siap. Terkini data guru PPSMI yang menggunakan sistem db GSMART. Lepas ni, fokus pada PERLABELAN guru.

P&P ? itu fokus utama..lebih-lebih lagi batch form5 ICT ku tahun ni yang agak manja..Hah, kena garang lah lepas nih.

Leave a Comment

Jejak 25 tahun Alumni UUM

Dari mesej group UUM di Facebook.

Jejak-jejak 25 tahun Alumni UUM

Jejak-jejak 25 tahun Alumni UUM

Leave a Comment

Do you use these brands?

Stop supporting baby killers

Stop supporting baby killers

Another brand
Another brand

From forwarded email.

Leave a Comment

Sejarah Solat 5 Waktu – SUBUH

>> SUBUH <<

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama :  Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan
                                     malam.
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

**petikan dari Diari Muslimah

Leave a Comment

Older Posts »