Pendaftaran PTK Sesi 2009
Pendaftaran PTK untuk sesi 2009 telah dibuka untuk Mac. DG41 tarikh peperiksaan 19 Mac, DG44 17 Mac.DG lain hari rabu 18 Mac.
Untuk calon DG 44, boleh rujuk pada buku panduan PTK yang dibekalkan ke setiap sekolah untuk pilihan kertas khusus. Sekiranya sebelum ini calon DG44 mengikuti kursus untuk PTK DG44, bermula dari tahun 2009, calon akan menjawab soalan dalam bentuk objektif. Kertas dibahagikan kepada dua komponen iaitu kompetensi umum (menggantikan PSK- Penilaian Sepanjang Kursus) dan kompetensi khusus(fungsi). Terdapat 22 pilihan kertas kompetensi khusus yang menggantikan UAK-Ujian Akhir Kursus.Calon DG44 yang ingin mengulang boleh membuat pendaftaran berdasarkan komponen peperiksaan PTK sebelum ini. Sekiranya ingin mengulang komponen UAK, maka pendaftaran perlu dilakukan untuk kompetensi khusus.
Semua peraturan, maklumat, kelayakan dan panduan dimaklumkan dalam buku panduan PTK 2009. Untuk mendapatkan sukatan peperiksaan PTK, sila muat turun dari apps.emoe.gov.my/bppk

kami, guru-guru dari sekolah menengah di selangor
telah banyak kali cuba website yang diberi, tetapi masih tidak dapat dicari sukatan ppk ptk 44 yang akan dilangsungkan pada 17 mac 2009.
jika ada sesiapa yang ada sukatan ini sila beritahu kami.
Cikgu, dalam buku panduan PTK yang berwarna putih yang setiap sekolah dapat tu ada dinyatakan dari mana cikgu boleh dapatkan sukatan. Itulah gunanya buku tuh, kadangkala tidak dibuka dan dibaca walaupun guru data telah edarkan kepada setiap guru.
Dalam blog ni pun saya ada nyatakan url laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi.
http://apps.emoe.gov.my/bppk/.
Dari tahun lepas saya buka sehingga ke hari ini, masih ada sukatan PTK untuk semua staff termasuk DG44.
Sukatan tu amat berguna, kita boleh dapatkan bahan dari sumber rujukan yang dinyatakan . Saya berpandukan sumber rujukan dari sukatan untuk peperiksaan PTK DG41 kertas khusus Fungsi Pembangunan Perisian Kursus Pendidikan , sebab tiada buku spesifik untuk dibaca. Itu pun kali ke-empat saya ambil baru dapat 4!
Harap cikgu dapat kongsi sukatan yang dimuat turun dengan guru lain.
salam
laman web rasmi apa yang kita boleh buka untuk mengetahui tarikh ptk utk tahun ni?
Salam sejahtera ke atas diri mu
Sepanjang pengetahuan saya, laman web rasmi PTK ( Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi ) ialah:
http://apps.emoe.gov.my/bppk/
Setahu saya, untuk mereka yang menjawat jawatan sebagai pendidik (guru) peperiksaan PTK dua kali setahun, Mac dan Ogos. Selalunya jatuh pada hari cuti persekolahan.
salam ada soalan latihan tentang pengurusan kurikulum.(PTK) online tak Thanks
Salam..
Untuk pengetahuan, saya memang tak ada dan tak pasti samada ada soalan latihan online berkenaan pengurusan kurikulum. Memandangkan ada sesetengah kertas yang tak ada buku rujukan, maka saya cadangkan cikgu lihat silibus dan senarai buku rujukan yang digunakan.. ok, semoga berjaya.