Permohonan menduduki PTK sesi Oktober telah dibuka. Sila hubungi guru data sekolah untuk pendaftaran.
Antara kelayakan untuk peperiksaan PTK sesi Oktober 2010 kali ini adalah :
- Calon yang berulangkali mengambil PTK sebelum ini dan mengambil PTK sesi Jun 2010 (masih mendapat aras III) tidak layak menduduki PTK.
- Calon pertama kali ambil PTK pada sesi Jun 2010, dan mendapat Aras III boleh mendaftar untuk sesi Oktober 2010.
- Calon pertama kali ambil PTK pada Ogos 2009, tetapi tidak mengambil PTK pada Jun 2010, layak untuk sesi Oktober 2010 (kecuali yang tidak hadir tanpa sebab semasa sesi Jun).
- Calon yang sebelum ini dikenakan sekatan pada sesi Ogos 2009 (12 bulan kalendar peperiksaan PTK) dibenarkan ambil PTK Sesi Oktober 2010.
- Calon yang masih mendapat Aras I dan II boleh terus mengambil PTK .
- Calon – calon yang baru dilantik (KUP/Memangku) boleh mengambik PTK pada gred yang baru dengan syarat ada surat lantikan gred baru yang rasmi.
- Calon – calon yang telah mendapat Aras III dan IV tidak perlu ulang kedua – dua kertas, hanya perlu ulang kertas yang mendapat Aras III (tertakluk pada syarat ke 2)
- Calon yang mendapat Aras II dan III dikehendaki mengulang kedua – dua kertas.
Tarikh peperiksaan PTK untuk sesi Oktober 2010 ialah 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Advertisement