never ending story

Archive for August, 2008

Hijab Sang Pencinta lagi

Tadi gi MPH Alamanda, mata ni mencari-cari cover buku nan satu tu. Tak ade pun. Eh? kata dah ada di pasaran. Tanya staff MPH dekat kaunter Enquiry, rupanya novel pelengkap trilogi tu memang dah ada, ada dalam rak berkunci. “Kenapa simpan dalam ni dik?” ramah pulak mulut ni bertanya. Jawapan, sebab belum letak pricing lagi. Jadi, aku pun pergi la kaunter nak bayar. Memandangkan belum ada price tag lagi pada buku tu, maka cashier tu rekodkan pembelian secara manual dalam buku. Rupanya bukan aku seorang saja pembeli Hijab Sang Pencinta hari tu, sudah ada 3 ke empat pembeli sebelum aku. Tersenyum pulak aku sorang-sorang dekat kaunter tadi bila tengok rekod tuh 🙂

Jadi, Hijab Sang Pencinta sudah di tangan tapi belum dibuka bungkusan plastiknya lagi, sebabnya kena siapkan dulu kerja data berwajib ni.. Data Operasi Menengah untuk Ogos..janji nak emel esok, malam ni baru nak belek..itulah salwa heh.

Makan di Food Court tadi, dan seperti biasa situasi yang sama berlaku seperti tahun lepas. Orang ramai di Alamanda. Tahun lepas pun sama sehari sebelum puasa terutama di Food Court. Adakah sebab esok bermula puasa? adakah sebab hari ni 31 Ogos, cuti am? atau sebab Mega Sales dah nak ke penghujungnya? tak pun sebab September ni kakitangan kerajaan akan menerima bonus separuh bulan dan separuh lagi Disember. Tapi, bila hujung minggu memang ramai orang datang Alamanda. Pemandangan yang biasa sebenarnya cuma firasat ni je yang fikir macam tu.

Advertisements

Hijab Sang Pencinta berada di pasaran..

Terdetik rasa hati browse website Alaf21..dan akhirnya ku lihat satu cover novel yang di nantikan..hahah, HIJAB SANG PENCINTA sudah release. Akan berada di pasaran 31 ogos nih.. hmm, mesti sold out punya, dan yang pasti peminat karya Ramlee Awang Mursyid akan segera dapatkan trilogi novel ini. Bermula dengan BAGAIKAN PUTERI diikuti CINTA SANG RATU dan akhirnya HIJAB SANG PENCINTA pasti membuat pembaca tak senang duduk dari mukasurat pertama hingga akhir. Best novel ni. Teringat April lepas masa pergi Pameran Buku Antarabangsa di PWTC, punyalah lama tunggu stok buku Anis Ayuni dengan Aisya Sofea, sampaikan pening kepala jadinya sebab sesak sangat. So, inilah yang ditunggu… HIJAB SANG PENCINTA..

Petikan dari web Alaf 21, klik di sini http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_bukuHijab.html

 RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.”

So, tunggu apa lagi..jom pi beli 🙂

 

Hijab Sang Pencinta

Hijab Sang Pencinta

Trilogi sebelumnya,

Bagaikan Puteri, trilogi yang pertama

Bagaikan Puteri, trilogi yang pertama

Cinta Sang Ratu

Cinta Sang Ratu

Seminggu bercuti

Last week, dari Jumaat sampai ke Isnin pergi KB, Kelantan. Stay di apartment apa ntah namanya , thanks to Sue Na. Kami 4 famili stay di apartment tu, mine + njang+sue na+ kak inat. Mama+abah+kak idah+makninim+sarah+hafiz stay di renaissance hotel. Shopping tudung sampai 6 helai+ kain batik sutera sepasang. Seronok dapat jumpa sepupu2 di kelantan yang dah berbelas tahun tak jumpa. Tahniah Madihah for the wedding! dayah makin cun, sumayyah pun sama..hampir-hampir tak kenal dia..

Another 3 days spent time di Penang.. mujur kak Idah+Wafi willing to accompany me sehari masa zali outstation di Airport Penang, eventhough i’m not asking them to accompany me. Mulanya hajat nak dok di hotel je sambil baca ptk kononnya..last-last dari pagi sampai ke petang berjalan dengan kak idah ngan wafi, pergi 2 tempat je…Muzium Perang di Batu Maung dan Gurney Plaza (tempat aku melepak zaman keja kat kulim hi tech dulu).

Bercakap tentang muzim perang… tempat tu sangat menakjubkan. Bekas kubu peninggalan askar British masa perang dulu… hampir 2 jam lebih disitu. Masuk tunnel..terowong bilik tempat simpan senjata dan peluru, creepy and spooky actually being in that tunnel. Berpeluh macam sauna pun ada. Ada banyak jalan rahsia bawah tanah, kami memang tak masuk pun..gelap dan tak tahu ke mana penghujungnya. Ada bilik tahanan, klinik, bilik memasak, penjara, pejabat, dan juga tempat memancung dan bilik penyeksaan tahanan-tahanan zaman tu. Ada satu gambar yang menyebabkan aku rasa sangat-sangat bersyukur tidak dilahirkan pada masa itu. Apapun, muzim perang di Batu Maung merupakan salah satu tempat yang patut dan sangat dicadangkan.. walaupun harga tiket RM15 per head, tapi berbaloi. Selain menyaksikan peninggalan penjajah , dapat juga beriadah. Tapi awas, jangan sebarangan berjalan melihat kawasan muzium, masih ada jerangkap samar yang hidup..jadi, ikut saja anak panah merah yang dah ditandakan.

Malamnya, pergi Ferringhi Night Market..macam-macam yang dijual, tapi tak beli apa pun. Kawan-kawan Zali le yang banyak memborong, dari kedai dibuka sampai pukul 12 am..sampai kedai tutup.

Rabu tengahari balik ke Nilai… malam baru tengok PTK.. as a result, esoknya pukul 9 am di sekolah, ku tenyeh saje jawapan ABCD tu..yang pasti, bulan 3 tahun depan nak rehat dari ambil PTK..masuk ni dah 4 kali, nasib baik paper khusus(Software+ICT) dah dapat 4.. tinggal umum ni je tak dapat-dapat 4 lagi…

Jumaat pagi sampai la Ahad, balik ke Tangkak pula.. so, dalam seminggu cuti sekolah ni, hari Khamis je betul-betul ada di rumah.. dapat la tengok Hana Yori Dango2 sampai 7 episod heh!

Exam SPM ICT 2008

Assesment pelajar sudah siap, tinggal nak di key in saja markah ke server LPM. Sijil tak perlu dikeluarkan dengarnya memandangkan score pelajar adalah sulit. So, jimat sijil dan toner printer 🙂

Saja view website LPM tadi.. exam ICT di cadangkan hari ke 12.. exam SPM maybe mula 12 Nov. So, hari ke-12 probably 24hb or around. Silibus dah habis, sekarang ni sedang buat revision for every learning area. Ada hikmah jugak kerajaan cut cost dan kurangkan penglibatan guru untuk keluar kursus/meeting/taklimat and so on.. so, boleh le concentrate dan beri latihan yang berterusan. Draf jadual SPM 2008 http://www.moe.gov.my/lpm/files/CadanganJadualWaktuSPM2008_terkini.htm

*******************************************************************************************************
Jadual SPM 2008 dah keluar. Sudah sampai di sekolah. Bermula 11hb  NOV tak salah..paper first day adalah sejarah, hari ke-2 BM, hari ketiga  (13 Nov) maths pagi dan tengaharinya…petang 2-4.30 pm, paper yang dinantikan ICT!!..awal pulak exam tahun nih, tahun lepas hari last.. hmm..masak..masak..

 

So, be prepare!

Ganbate!!

Imelda a.k.a as Meda sepupu ku baru je posting ke Sibu, Sarawak 1 Ogos. SK Kenyana, Mukah tempat bakal dia mencurahkan bakti kepada anak-anak Malaysia. Perjalanan dari Sibu ke Mukah mengambil masa selama 3 jam menaiki bas, dan perlu menaiki bot selama 15 minit ( sekejap je) untuk sampai ke sekolah. Meda satu-satunya orang semenanjung yang menjadi guru di sana, mengajar subjek pemulihan. Dengar kata kuarters bakal didiami tiada reception phone. Bagaimana perasaan dia agaknya sekarang, apa yang aku tahu Meda memang jati diri nya kuat, boleh survive di sana. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Ganbate Meda, jumpa raya nanti (kalau hang balik le heee..)

EG-Tukar Application

dengar kata akan dibuka bermula 1 September nih sehingga hujung bulan. Prosedur masih sama cuma penekanan kepada pengesah.