never ending story

Seminggu bercuti

Last week, dari Jumaat sampai ke Isnin pergi KB, Kelantan. Stay di apartment apa ntah namanya , thanks to Sue Na. Kami 4 famili stay di apartment tu, mine + njang+sue na+ kak inat. Mama+abah+kak idah+makninim+sarah+hafiz stay di renaissance hotel. Shopping tudung sampai 6 helai+ kain batik sutera sepasang. Seronok dapat jumpa sepupu2 di kelantan yang dah berbelas tahun tak jumpa. Tahniah Madihah for the wedding! dayah makin cun, sumayyah pun sama..hampir-hampir tak kenal dia..

Another 3 days spent time di Penang.. mujur kak Idah+Wafi willing to accompany me sehari masa zali outstation di Airport Penang, eventhough i’m not asking them to accompany me. Mulanya hajat nak dok di hotel je sambil baca ptk kononnya..last-last dari pagi sampai ke petang berjalan dengan kak idah ngan wafi, pergi 2 tempat je…Muzium Perang di Batu Maung dan Gurney Plaza (tempat aku melepak zaman keja kat kulim hi tech dulu).

Bercakap tentang muzim perang… tempat tu sangat menakjubkan. Bekas kubu peninggalan askar British masa perang dulu… hampir 2 jam lebih disitu. Masuk tunnel..terowong bilik tempat simpan senjata dan peluru, creepy and spooky actually being in that tunnel. Berpeluh macam sauna pun ada. Ada banyak jalan rahsia bawah tanah, kami memang tak masuk pun..gelap dan tak tahu ke mana penghujungnya. Ada bilik tahanan, klinik, bilik memasak, penjara, pejabat, dan juga tempat memancung dan bilik penyeksaan tahanan-tahanan zaman tu. Ada satu gambar yang menyebabkan aku rasa sangat-sangat bersyukur tidak dilahirkan pada masa itu. Apapun, muzim perang di Batu Maung merupakan salah satu tempat yang patut dan sangat dicadangkan.. walaupun harga tiket RM15 per head, tapi berbaloi. Selain menyaksikan peninggalan penjajah , dapat juga beriadah. Tapi awas, jangan sebarangan berjalan melihat kawasan muzium, masih ada jerangkap samar yang hidup..jadi, ikut saja anak panah merah yang dah ditandakan.

Malamnya, pergi Ferringhi Night Market..macam-macam yang dijual, tapi tak beli apa pun. Kawan-kawan Zali le yang banyak memborong, dari kedai dibuka sampai pukul 12 am..sampai kedai tutup.

Rabu tengahari balik ke Nilai… malam baru tengok PTK.. as a result, esoknya pukul 9 am di sekolah, ku tenyeh saje jawapan ABCD tu..yang pasti, bulan 3 tahun depan nak rehat dari ambil PTK..masuk ni dah 4 kali, nasib baik paper khusus(Software+ICT) dah dapat 4.. tinggal umum ni je tak dapat-dapat 4 lagi…

Jumaat pagi sampai la Ahad, balik ke Tangkak pula.. so, dalam seminggu cuti sekolah ni, hari Khamis je betul-betul ada di rumah.. dapat la tengok Hana Yori Dango2 sampai 7 episod heh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: