never ending story

Terdetik rasa hati browse website Alaf21..dan akhirnya ku lihat satu cover novel yang di nantikan..hahah, HIJAB SANG PENCINTA sudah release. Akan berada di pasaran 31 ogos nih.. hmm, mesti sold out punya, dan yang pasti peminat karya Ramlee Awang Mursyid akan segera dapatkan trilogi novel ini. Bermula dengan BAGAIKAN PUTERI diikuti CINTA SANG RATU dan akhirnya HIJAB SANG PENCINTA pasti membuat pembaca tak senang duduk dari mukasurat pertama hingga akhir. Best novel ni. Teringat April lepas masa pergi Pameran Buku Antarabangsa di PWTC, punyalah lama tunggu stok buku Anis Ayuni dengan Aisya Sofea, sampaikan pening kepala jadinya sebab sesak sangat. So, inilah yang ditunggu… HIJAB SANG PENCINTA..

Petikan dari web Alaf 21, klik di sini http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_bukuHijab.html

 RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.”

So, tunggu apa lagi..jom pi beli🙂

 

Hijab Sang Pencinta

Hijab Sang Pencinta

Trilogi sebelumnya,

Bagaikan Puteri, trilogi yang pertama

Bagaikan Puteri, trilogi yang pertama

Cinta Sang Ratu

Cinta Sang Ratu

Comments on: "Hijab Sang Pencinta berada di pasaran.." (8)

  1. salam..hye…seronoknye bila tau ada orang lain lagi yang tertunggu-tunggu gak cite ni..saya dah beli masa hari pertama buku tu ada kat kedai..hehe…ni dalam proses menghayati cite tu…

  2. i dah bc Hijab Snag Pencinta ni…best gleerrrr…..20 Aug aritu pelancaran dia..ziela jalil yg lancarkan…my sister g pelancaran tu..dpt novel..siap dpt signature RAM lg…korg yg minat novel RAM mmg patut beli…bile dh stat bc mmg xleh nk stop….hebat tul Sunan tu..kali ni mmg kaw2 Sunan tu diuji…

    So..moral of the story: Cepat beli sblm sold out nnti!!!!!!!!!!!1

  3. Thanks Tiha n Tyme for the comments. Seronok baca komen korang. Saya tak beli lagi pun, infact kalau dah ada depan mata for sure mengadap buku tu je. Kerja I cemane..

    Ni pun sedang mengulang revise baca balik Bagaikan Puteri + Cinta Sang Ratu..karya RAM memang marvellous kan, start reading it since di UUM lagi ( 2000). Kalau karya RAM di terjemah ke English gerenti dapat sambutan international market, ke mmg dah ada versi BI..

    So, kena beli jugak weekend ni!!

  4. saya cr kt mph alamanda xjumpa la..
    kt maner nk crk eyh…?
    anybody help me..
    nk sgt bc citer tu.. huuhuhuhu

  5. ada la dek.. mesti adik (adik kot) hanya buat pemerhatian secara rambang je melalui mata. cuba tanya staff MPH kat query counter tuh. Bulan lepas akak beli di MPH alamanda. mmg dah ada pun, tapi diorg simpan dalam stok lagi sebab belum buat pricing. tapi, diaorg bagi gak dekat customer.

    Sebelum baca Hijab Sang Pencinta, baca le Cinta Sang Ratu dulu..flash back. Tapi bulan puasa ni, banyak2kan lah baca Al-Quran dari baca novel..pesan diriku kepada diri sendiri hehe🙂

  6. Cite ni agk interesting kli ni. n diharapkan Ramlee Awang muRshid dpt mghsilkn nvl sprti ni.

  7. saya mengalirkan air mata tatkala gambar laksamana sunan@saifuddin lenyap dari pandangan haryani dan saya agak terkilan dengan penamat novel ini, terasa ‘kehilangan’ saifuddin, walhal cerita cuma huahuahua.. Ini bermakna, RAM memang berjaya menyelami dan membawa pembaca ke dunia penulisannya. Semoga RAM terus menghasilkan karya yang unggul seperti ini.

  8. NiaDriana said:

    Ceritanya sungguh menyentuh hati…huhu..Brother Ramlee mmg berbakat sesangat…cuma dapatkah dicari seorang lelaki seperti Laksamana Sunan itu di zaman ini? Betul kata Salwahanim…terasa ‘kehilangan’ Saifuddin.. rasa sayu..sadis sungguh..Brother Ramlee mmg dasyat..berjaya buat wanita2 di luar ni jatuh hati dengan watak utama setiap novelnya…bermula dari Amiruddin, Amarudin (Ejim) sampailah ke Laksamana Sunan..Setiap novelnya mmg dinanti..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: