never ending story

Hijab Sang Pencinta lagi

Tadi gi MPH Alamanda, mata ni mencari-cari cover buku nan satu tu. Tak ade pun. Eh? kata dah ada di pasaran. Tanya staff MPH dekat kaunter Enquiry, rupanya novel pelengkap trilogi tu memang dah ada, ada dalam rak berkunci. “Kenapa simpan dalam ni dik?” ramah pulak mulut ni bertanya. Jawapan, sebab belum letak pricing lagi. Jadi, aku pun pergi la kaunter nak bayar. Memandangkan belum ada price tag lagi pada buku tu, maka cashier tu rekodkan pembelian secara manual dalam buku. Rupanya bukan aku seorang saja pembeli Hijab Sang Pencinta hari tu, sudah ada 3 ke empat pembeli sebelum aku. Tersenyum pulak aku sorang-sorang dekat kaunter tadi bila tengok rekod tuh🙂

Jadi, Hijab Sang Pencinta sudah di tangan tapi belum dibuka bungkusan plastiknya lagi, sebabnya kena siapkan dulu kerja data berwajib ni.. Data Operasi Menengah untuk Ogos..janji nak emel esok, malam ni baru nak belek..itulah salwa heh.

Makan di Food Court tadi, dan seperti biasa situasi yang sama berlaku seperti tahun lepas. Orang ramai di Alamanda. Tahun lepas pun sama sehari sebelum puasa terutama di Food Court. Adakah sebab esok bermula puasa? adakah sebab hari ni 31 Ogos, cuti am? atau sebab Mega Sales dah nak ke penghujungnya? tak pun sebab September ni kakitangan kerajaan akan menerima bonus separuh bulan dan separuh lagi Disember. Tapi, bila hujung minggu memang ramai orang datang Alamanda. Pemandangan yang biasa sebenarnya cuma firasat ni je yang fikir macam tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: