never ending story

Archive for September, 2008

Selamat Hari Raya

Selamat  Hari Raya

Selamat Hari Raya

Kepada semua, selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Cuti seminggu, dan selepas ini bermula lah perkara-perkara yang dinantikan.. data PPSMI, data EMIS, data M, Unjuran ABM, perndaftaran PTK dan paling best, peperiksaan SPM akan bermula. Setakat ni dah dapat banyak set soalan trial ICT – Perlis, Kedah, Perak, Penang, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor. Harap- harap dapat jawab semua sebagai latihan pra-peperiksaan. 🙂

Advertisements

Teruja!!

Terujanya aku minggu ni, bukan sebab apa pun. Sebab dapat balik Kedah weekend ni.. fuh, lama tak balik , last jejak kaki sana bulan Mei/Jun. Mestilah teruja , tak sabar-sabar nak balik sana 🙂

Suasana menyambut ramadhan agak berbeza dengan sini..di Alor Staq lebih happening. Yang paling istimewa, tahun ni dapatla aku berterawih di sana buat beberapa hari, dan solat sunat Aidilfitri. Harapnya diberi kesihatan dan keadaan yang baik sepanjang berada di sana.Tahun lepas tak  berkesempatan langsung berterawih di masjid Rafeah Taman Uda tu, apa lagi berbuka puasa dengan mama n abah. Tahun ni dapat le merasa.

Suasana menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal di Kedah terutamanya di Alor Star lebih menyeronokkan. Majoriti penduduk merupakan orang Melayu yang beragama Islam, jadi lebih terasa kuatnya tarikan di sana. Zali pun mengaku masa mula-mula sampai di Alor Star dulu berbanding di Tangkak yang ramai dari kaum Cina.

So, lagi 2 hari je sebelum aku menghirup udara negeri Kedah tuh. Beg pun dah packing, hehehe.Semangat betul. Yusof dengan Nadia pun nak balik sekali. So, off we go to Kedah with Rush!

Kepada semua umat Islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin.

*****************************************************************************************************************

BALIK KAMPUNG – Sudirman Hj Arshad
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Mencari Malam Lailatul Qadar

“SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?”

Artikel dari laman web harian metro – Mencari Lailatul Qadar. http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20080919100107/Article/indexv_html

**************************************************************************************************************
Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr:1-5)

Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.

Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: “…sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.

Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan. Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.

Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.

Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.

Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.

Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: “Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh…”

Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat.”

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.

Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.

Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.

Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.

Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: “Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku.”

Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.

Care about you!

Another e-mail from a friend, SITI.

HEALTH IMPORTANT TIPS.

1) Answer the phone by LEFT ear.

2) Do not drink coffee
TWICE a day.

3) Do not take pills with COOL water.

4) Do not have HUGE meals after 5pm.

6) Drink more WATER in the morning, less at night.

7) Keep your distance from hand phone CHARGERS.

8 ) Do not use headphones/earphone for LONG period of         time.

9)  Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in 
  
    the morning.


10)
Do not lie down immediately after taking medicine 
   
     before sleeping
.

11)
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer
   
     the phone as the radiation is 1000 time

5) Reduce the amount of OILY food you consume.