never ending story

Best.. best!!

Dah lama aku tak menaip dalam blog nih. Rasanya tak salah kalau aku berkongsi kegembiraan yang selama 2 hari ni bersalut kerisauan. Baru balik dari kursus panitia ICT di Bagan Lalang, ada sedikit workshop yang kami sebagai peserta perlu buat. Seperti biasa, laptop Acer yang menjadi sahabat kerja ni aku bawa bersama. Laptop PPSMI sebenarnya, hak milik kerajaan. Sebagai guru data memanglah banyak data-data penting berkenaan sekolah ada dalam laptop ni.

Ntah macamana, nasibku kurang baik kali ni. Walaupun kapersky sudah dikemaskini virus signaturenya, tapi ada satu malicious code yang gagal dibersihkan. WORM.WIN32.AUTORUN.RJA. Kapersky kesan dan terus bersihkan tapi lepas beberapa saat, worm tu kembali ada. Jadi selama aku guna laptop tu semalam dan hari ni, selama itulah mata ni melihat-lihat amaran ancaman worm tu. That thing keeps annoying me.

Sudahnya sepetang ni 5 keping dvd dan 3  cd  ku korbankan khas untuk backup data-data dan kerja aku selama ini. Isnin ni kena hantar data EMIS, selasa mesyuarat PTK, lepas ni nak daftarkan PTK untuk cikgu-cikgu dan staf, kalau tak buat backup andaikata jadi apa-apa pada laptop. Lebih kurang sejam tadi, aku discover blog ni http://www.addictivetips.com/windows-tips/how-to-enable-show-hidden-files-and-folders-option-when-disabled-by-a-virus. Memang ringkas dan info yang berguna dan bermakna. Smart Removal Tool boleh delete malicious code tu dan boleh digunakan untuk flash memory sekali.

So, legalah aku. Tak perlu risaukan precious data yang ada dalam laptop tuh. Next week Isnin meeting EMIS, selasa mesyuarat PTK. Boleh le guna laptop lagi.

Tinggal lagi 11 hari untuk calon SPM menghadapi peperiksaan, dan paper ICT 13 hari lagi. Rilek je students aku. Cikgu ada lagi 4 set soalan trial nak bagi kamu nih. Harapnya mereka dapat buat yang terbaik nanti. Sebab tu la aku tak pergi kursus di Pangkor minggu depan. Keutamaan kepada students aku. Masa yang tinggal ni hanya untuk students aku. Biarlah mereka bosan dan muak menjawab latih tubi soalan trial negeri lain. Yang pasti aku nak yang terbaik untuk mereka.

So, all the best my students! Gunakan masa 2 jam 30 minit dengan sempurna. Masa tu kamu hanya ada sekali sahaja seumur hidup. Jangan tidur masa exam nanti !

Comments on: "Best.. best!!" (2)

  1. waaahh, sorg guru yg prihatin..tapi…..kenape cikgu?????😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: