never ending story

Pendaftaran PTK Sesi 2009

Pendaftaran PTK untuk sesi 2009 telah dibuka untuk Mac. DG41 tarikh peperiksaan 19 Mac, DG44 17 Mac.DG lain hari rabu 18 Mac.

Untuk calon DG 44, boleh rujuk pada buku panduan PTK yang dibekalkan ke setiap sekolah untuk pilihan kertas khusus. Sekiranya sebelum ini calon DG44 mengikuti kursus untuk PTK DG44, bermula dari tahun 2009, calon akan menjawab soalan dalam bentuk objektif. Kertas dibahagikan kepada dua komponen iaitu kompetensi umum (menggantikan PSK- Penilaian Sepanjang Kursus) dan kompetensi khusus(fungsi). Terdapat 22 pilihan kertas kompetensi khusus yang menggantikan UAK-Ujian Akhir Kursus.Calon DG44 yang ingin mengulang boleh membuat pendaftaran berdasarkan komponen peperiksaan PTK sebelum ini. Sekiranya ingin mengulang komponen UAK, maka pendaftaran perlu dilakukan untuk kompetensi khusus.

Semua peraturan, maklumat, kelayakan dan panduan dimaklumkan dalam buku panduan PTK 2009. Untuk mendapatkan sukatan peperiksaan PTK, sila muat turun dari apps.emoe.gov.my/bppk

Comments on: "Pendaftaran PTK Sesi 2009" (8)

  1. tan chai tin said:

    kami, guru-guru dari sekolah menengah di selangor
    telah banyak kali cuba website yang diberi, tetapi masih tidak dapat dicari sukatan ppk ptk 44 yang akan dilangsungkan pada 17 mac 2009.
    jika ada sesiapa yang ada sukatan ini sila beritahu kami.

  2. Cikgu, dalam buku panduan PTK yang berwarna putih yang setiap sekolah dapat tu ada dinyatakan dari mana cikgu boleh dapatkan sukatan. Itulah gunanya buku tuh, kadangkala tidak dibuka dan dibaca walaupun guru data telah edarkan kepada setiap guru.

    Dalam blog ni pun saya ada nyatakan url laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi.

    http://apps.emoe.gov.my/bppk/.

    Dari tahun lepas saya buka sehingga ke hari ini, masih ada sukatan PTK untuk semua staff termasuk DG44.

    Sukatan tu amat berguna, kita boleh dapatkan bahan dari sumber rujukan yang dinyatakan . Saya berpandukan sumber rujukan dari sukatan untuk peperiksaan PTK DG41 kertas khusus Fungsi Pembangunan Perisian Kursus Pendidikan , sebab tiada buku spesifik untuk dibaca. Itu pun kali ke-empat saya ambil baru dapat 4!

    Harap cikgu dapat kongsi sukatan yang dimuat turun dengan guru lain.

  3. Laila Majnun binti Mohammad said:

    salam
    laman web rasmi apa yang kita boleh buka untuk mengetahui tarikh ptk utk tahun ni?

  4. Salam sejahtera ke atas diri mu🙂

    Sepanjang pengetahuan saya, laman web rasmi PTK ( Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi ) ialah:

    http://apps.emoe.gov.my/bppk/

    Setahu saya, untuk mereka yang menjawat jawatan sebagai pendidik (guru) peperiksaan PTK dua kali setahun, Mac dan Ogos. Selalunya jatuh pada hari cuti persekolahan.

  5. salam ada soalan latihan tentang pengurusan kurikulum.(PTK) online tak Thanks

    • Salam..

      Untuk pengetahuan, saya memang tak ada dan tak pasti samada ada soalan latihan online berkenaan pengurusan kurikulum. Memandangkan ada sesetengah kertas yang tak ada buku rujukan, maka saya cadangkan cikgu lihat silibus dan senarai buku rujukan yang digunakan.. ok, semoga berjaya.

  6. salam sejahtera,

    Bilakah tarikh peperiksaan ptk dg 44 untuk tahun 2010? (takwim ptk 2010). thanks,

    • salam cikgu chew

      untuk makluman cikgu, saya sendiri pun tidak tahu tarikh peperiksaan PTK untuk tahun 2010 ini .🙂
      Cikgu boleh merujuk laman web rasmi BPPK untuk sebarang pengumuman mengenai PTK atau juga laman web KPM.

      Terbaru, saya mendapat makluman permohonan peperiksan PTK bagi PPPS Gred DG48, DG52,DG54 , PPLD DGA34, DGA38 dan AKS Gred 26 akan dibuka secari talian (online) bermula 1 – 28 februari 2010. Segala maklumat seperti tarikh PTK, tiket peperiksaan akan dimuat naik ke laman web BPPK di http://apps.emoe.gov.my/bppk dan pemakluman secara hardcopy tidak akan dikeluarkan kepada calon.
      Cikgu boleh rujuk surat siaran ini di sekolah cikgu untuk Dg48 ke atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: