never ending story

Kisah seekor tupai

Tupai, binatang kecil yang comel dan lincah. Berekor panjang dan berbulu lebat. Mata yang besar dan tangan yang kecil. Memang kiut.

Di kawasan perumahan ni memang biasa kiranya dengan kehadiran binatang lincah ni. Kalau di tempat lain, mungkin susah nak lihat tupai. Silap-silap ada yang tak pernah tengok tupai dengan mata sendiri. Tapi disini memang biasa, agaknya sebab kawasan ni dulu adalah kawasan ladang kelapa sawit. Kota Seriemas, it’s my thing…Rasanya aku lebih banyak melihat tupai berbanding kucing di sini. Kalau setakat tumpang makan sisa-sisa yang ada aku tak kisah, ni habis pokok bunga aku pun jadi habuannya. Siapa yang tak marah? (marah dengan tupai, macam lawak ja). Pokok tu import khas dari Alor Star, naik kereta sampai ke sini. Sadis bila tengok pokok bunga mak aku tu lunyai , mujur la ada sebatang dua yang masih hidup. Di samping menjalankan kegiatannya, tupai -tupai ni juga suka meninggalkan sisa pencernaan di dalam rumah, buat petanda kehadirannya.

Memandangkan tupai-tupaian ni selalu datang menyinggah dan menyelongkar tong sampah, maka suami memasang perangkap. Hari pertama pasang perangkap, tak mengena. Agaknya umpan tak menarik perhatian. Hari kedua mengena, umpannya biskut kegemaran aku.. jacob’s hi-fiber. Wah, bukan main memilih tupai ni. Bila aku jengok tupai dalam perangkap,  melompat-lompat tupai nak selamat diri. Mencicit bunyi. Kesian memang kesian. Dua malam tupai tu dalam perangkap, siap aku bagi makan roti krim strawberi lagi, habis pulak tu. Sepanjang berada dalam perangkap tuh, ada pula tupai lain yang datang melawat, aku intai dari tingkap dapur. Tak kurang juga sang kucing duduk mengintai sang tupai yang ketakutan dalam perangkap tuh. Selepas dua malam ‘didenda’ aku pun lepaskan tupai tuh. Yang hairannya tak lari keluar. Agaknya takut sangat. Esoknya baru lah tupai tu hilang.

Lebih kurang sebulan, memang kawasan rumah ni bebas dari gangguan tupai, dan dua hari lepas ada semula petanda tupai datang masuk dalam rumah. Semalam suami pasang perangkap lagi, dan bila aku pulang dari kerja, memang perangkap mengena. Umpan yang sama, umpan yang mewah, biskut hi-fiber jacob.Kali ni aku lihat tupai ni luar biasa sikit perangainya. Masa aku intai dari tingkap dapur, tupai tu hanya berdiam diri saja dalam perangkap. Bila aku keluar melawat, apa lagi melompat-lompat dalam perangkap. Siap marah aku lagi tu. Kakinya berdarah, agaknya terkena besi tempat letak umpan. Tupai ni agak agresif, bila aku dekat dengan perangkap, perangkap tu bergerak-gerak. Tupai tu melompat hendak keluar hinggalah perangkap jatuh dalam longkang. Longkang tu kering tiada air. Aku biarkan saja perangkap tu dalam longkang.

Pagi tadi aku keluar dari dapur. Perangkap tu kosong! Sangkaku, suami dah ‘denda’ tupai tu. Rupanya tupai tu berjaya lari. Wah, bukan main hebat. Patut le tupai tu semacam ja ligatnya aku tengok. Squirrel with a brain!

Apapun bagi aku, kita tak boleh menyeksa binatang. Binatang tiada akal macam kita. Mereka hanya tumpang mencari rezeki. Aku tak tergamak bila suami cadangkan hendak rendam tupai dalam air. Kesian. Lagipun, binatang-binatang ni tak buat salah pun pada kita. So, moral of the story buat aku : jangan tinggalkan unsur makanan dalam rumah dalam keadaan terbiar. Lama-lama tak datangla tupai tu.

Comments on: "Kisah seekor tupai" (3)

  1. wat a interesting story.i m from kelantan at the area commonly with the squirell

  2. aku student UPM buat projek small mammal. aku teringin sangat nak dapat tangkap tupai. ari tu terperangkap dah tapi terlepas, so aku nak minta nasihat uman apa y mengena skit untuk tupai ini melekat kat perangkap aku?

    • Umpan? tak pernah la pulak buat kajian umpan apa yang sesuai.hehe.. apa yang kita makan rasanya tupai pun makan. Pasang perangkap dekat persekitaran yang sesuai. Dulu kami pasang perangkap tikus je, letak umpan biskut. Roti pun tupai makan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: