never ending story

Archive for November 15, 2008

Selesai.

Hari ni sudah 15 November. Dua hari lepas, 13 November pelajar-pelajar ICT ku sudah selesai menjawab soalan peperiksaan ICT. Mujur semua datang. Alhamdullillah. Seperti yang dijangka, soalan query naik untuk SPM kali ini. Habis semua soalan trial negeri lain aku beri untuk mereka. Rasanya negeri Sabah je yang tak dapat.Tak tahulah keputusan macamana kali ni. Harapnya mereka akan dapat yang terbaik untuk diri masing-masing. Ini batch ketiga pelajarku. Tahun 2006 SPM Teknologi Maklumat, seorang dapat A2, tahun lepas 4 orang dapat A, dan tahun ni macamana pula keadaannya. Aku tak harapkan bilangan A yang banyak pun, memadai bagiku kepuasan bagi diri mereka.

Sesi persekolahan 2008 sudah selesai. Pelajar sudah mula cuti. Cikgu cuti gak ke? tak cuti pun bagi aku. Masih banyak perkara yang aku perlu selesaikan di sekolah. Sekolah pula bakal dapat 2 buah makmal komputer baru. Hehe, sape tak seronok? dan setakat ni sudah bertambah bilangan guru opsyen ICT di sekolah. Alhamdullilah. Boleh le pegang makmal sorang satu.

Advertisements