never ending story

Archive for December, 2008

A TRIBUTE TO TEACHER

T : all the TIME you spent with us;
E : all the ENERGY you put into your job;
A : all the ACADEMIC excellence that your expect from us;
C : your CHEERFUL attitude;
H : giving a HELPING hand;
E : all the ENCOURAGEMENT you give;
R : the RESPONSIBILITY + RESPECT you taught us.

Taken from my ‘Pengurusan Sekolah 2009’ job list.

Am I the TEACHER after these 6 years ?

Form 5 ICT student after finish ICT paper

Form 5 ICT student after finish ICT paper

25.12 stories

Semalam 25 Disember, cuti umum buat satu Malaysia. Christmas. Macam biasa, Alamanda pilihanku sebab ada MPH ( elemen yang sangat penting), Vincci (walaupun tak membeli sekadar cuci mata), surau yang sangat bagus keadaan dan persekitarannya (setakat ni, Alamanda shopping complex yang menyediakan surau 5 bintang, shopping complexs yang lain sekangkang kera  ja luasnya), food court yang banyak pilihan, environment yang menyenangkan, carrefour (susunan barang sistematik dan memudahkan pencarian), dan GSC ( antara yang terbaik yang pernah aku pergi).  Sedari dari rumah, instinct ni mengatakan akan bertemu dengan seseorang yang kukenali dan bekerja di Putrajaya nih. Memang tepat pun. Terjumpa Bai aka hadiena di Alamanda! last jumpa masa kenduri kawin aku, 4 tahun lepas.

Wah Bai, hebat hang, beli barang basah di Carrefour hehe. Bai sorang saja hari tuh, so, pertemuan tak sampai satu jam tu kami manafaatkan bersama. Perbualan banyak tentang kisah-kisah tempat kerja lama kami.Hmm.. teringat kenangan masa bekerja di sana. Sebenarnya, aku memang suka kerja di sana. Banyak pengalaman bekerja di sana aku praktikkan sekarang. Rata-rata staff yang rapat dengan ku dah berhijrah ke tempat lain, kecuali Min sorang yang masih setia dengan daerah Kulimnya tu.

Gambar yang diambil dari facebook Bai

Gambar yang diambil dari facebook Bai

 Lepas tu, kami tengok Histeria dan IP- MAN. Histeria,histeria, histeria. Kenapa aku suka tengok citer berunsurkan seram ni ye? Ada orang kata, cerita kegemaran seseorang mencerminkan peribadi penontonnya. Hee.. Saja nak tengok, sementelah tengok the making of Histeria. Overall bagi aku, boleh la. Tidak seperti Jangan Pandang Belakang yang bagi aku satu-satunya cerita Melayu yang menaikkan bulu roma ku..  Ip Man pula memang best. Cerita Cina yang ditonton oleh bangsa Melayu. Rupanya kisah benar. Kalau kisah benar memang seronok. Aku langsung tidak tahu jalan cerita atau sinopsisnya sebelum menonton. Zali yang booking tiket nih. Ip Man pengasas kungfu Win Chun dan juga sifu kepada Bruce Lee (kalau tak silap).

Sebelum tengok Ip Man, MPH adalah destinasi wajib setelah solat di surau yang bersih tu. Beli buku Surat Ungu Untuk Nuha dan Panggil Aku Dahlia karya Noor Soraya. Saja cuba membaca karya penulis yang baru bagi aku ( sebab tak pernah baca hasil kreativitinya). Aku memilih untuk mencuba setelah berulang kali membaca preview dan komentar tentang buku nih. Tapi, lain orang lain seleranya. Apapun, dah masuk bab ke 9. Kira lepas ni Noor Soraya masuk dalam favourite writer aku selain RAM, Anis Ayuni dan Norhayati Berahim.

Surat Ungu untuk Nuha

Surat Ungu untuk Nuha

Panggil Aku Dahlia karya Noor Suraya

Panggil Aku Dahlia karya Noor Suraya

Memandangkan Big Apple baru buka outlet di Alamanda (2nd floor, depan Nandos , sebelah Starbuck), maka kami berdua menjadi antara pelanggan yang beratur panjang untuk mencuba donut yang dikatakan sedap nih. Ingatkan mahal, sebiji cuma RM2.20. Kalau half dozen baru RM11.50. 6 flava yang kami pilih semuanya menepati selera. Lepas ni kalau ke Alamanda lagi, bolehla belikan untuk Kak Pah anak beranak  jiran sebelah sama 🙂

Dear Yayah…

Pinjam dari sepupuku Atikah yang mendapat 5A UPSR baru ni. Sejam setengah habis la baca hehe. Saja terlintas nak baca memandangkan aku ada terbaca komentar tentang Dear Yayah keluaran PTS Publication nih. Buku ni sesuai untuk remaja sebenarnya, tapi bila seorang yang dah nak menginjak ke umur 30 membacanya, terkenang-kenang pula cerita zaman sekolah dulu. Sesuai la dengan masa sekarang yang berada di home town. Apa khabar member-member Asmarians dulu..member-member SK Taman Uda..rasanya kalau jumpa memang tak kenal rupa.

Cikgu-cikgu yang mengajar ku dulu pun ada yang dah kembali ke rahmatullah. Cikgu Harun yang sporting, Ustazah Faridah, Ustaz Hasan Don.
Lusa aku akan kembali ke rumah Kota Seriemas, dan menyambung kembali tugas-tugas khas untuk tahun depan. Tahun depan sekolah bakal mendapat 2 buah makmal komputer, wiring dah siap. Yang paling menggembirakan, aku bakal dapat guru ICT 3 orang. Huu..ramai tu. Bila ramai dah jadi 4 orang, mulalah tak tahu nak agihkan kerja macamana (sebab dah biasa 4 tahun buat sendiri).

Dua hari ni juga makanan ruji adalah daging. Semalam kami sekeluarga buat korban 7 tompok, yakni seekor lembu. Tahun depan raya haji di Tangkak pula.

Bila tengok judul Dear Yayah ni, teringat satu buku  kisah benar..Diary of Anne Frank. Baca masa sekolah dulu. Catatan dalam bentuk diari semasa perang Dunia Kedua.

Dear Yayah 1

Dear Yayah 1

Aku memang suka membaca terutama buku yang dapat memberi input. Ke mana saja aku pergi mesti ada buku menemani. Hmm..looking forward for new masterpiece from Ramlee Awang Mursyid.

Photoscape Editing Software

Selain dari Picasa, ada satu editing software untuk pencinta fotografi digital dikenali sebagai Photoscape. Tak cuba lagi pun, cuma tengok features dan interface nampak mesra pengguna. Memandangkan aku dah lama tak sentuh Photoshop, dan kemahiran yang tak mahir ni pun semakin berkarat, maka Photoscape ni boleh digunakan untuk men’touch-up’kan hasil fotografi. Apa pun, kemahiran sebenarnya adalah menggunakan perisian yang unggul( yang default). Macam dulu le, ada yang kata true animator adalah yang mahir gunakan flash bukannya mahir guna swish, atau sebarang animation editing yang mudah. Zaman sekarang semua zaman mudah, maklumat di hujung jari anda. Hmm..

So, klik sini untuk maklumat lanjut : http://www.photoscape.org/ps/main/index.php

From photoscape site:
Key Features

  • Viewer: View your folders photos, slideshow
  • Editor: resizing, brightness and color adjustment, white balance, backlight correction, frames, balloons, mosaic mode, adding text, drawing pictures, cropping, filters, red eye removal, blooming
  • Batch editor: Batch editing multiple photos
  • Page: Make one photo by merging multiple photos at the page frame
  • Combine: Make one photo by attaching multiple photos vertically or horizontally
  • Animated GIF: Make one animation photo with multiple photos
  • Print: Print portrait shot, carte de visite, passport photo
  • Splitter: Divide a photo into multiple parts
  • Screen Capture: Capture your screenshot and save it
  • Color Picker: Zoom in screen on images, search and pick the color
  • Rename: Change photo file names in batch mode
  • Raw Converter: Convert RAW to JPG
    Main User Interface

    Main User Interface

    Frames, Resize, Rotate, Brightness, Color, Contrast, Auto Level, Auto Contrast, Whitebalance, Curves, Sepia, Negative, Sharpen, Blur, Noise Reduction, Vignetting, Bloom, Gradient, Texture, Fisheye, Clipart, Balloon, Text, Figures, Crop, Red Eye Removal, Mosaic

    Frames, Resize, Rotate, Brightness, Color, Contrast, Auto Level, Auto Contrast, Whitebalance, Curves, Sepia, Negative, Sharpen, Blur, Noise Reduction, Vignetting, Bloom, Gradient, Texture, Fisheye, Clipart, Balloon, Text, Figures, Crop, Red Eye Removal, Mosaic

    merging multiple photos at the page frame

    merging multiple photos at the page frame

    So, apa lagi. Cuba la download. Boleh le war-warkan pada Wafi dengan Mizan.