never ending story

Archive for February, 2009

Tempat baru

Minggu lepas ada ditawarkan jawatan yang menarik dan agaknya menjadi idaman ramai bagi yang bergelar cikgu ni.. Hmm.. macam mimpi aja bila ditawarkan. Tapi, bila difikirkan sedalam-dalamnya, sepanjang jauh yang mungkin, maka keputusan yang baik untuk diriku diputuskan. Aku tak terima, dan tak dapat ‘berhijrah’ ke sana. Cukuplah perkhidmatanku di sekolah sahaja. Lagipun, dalam beberapa bulan ni nak buat projek laman web dan modul ICT.

Kenapa tak terima ye? Cuti yang pendek mengatasi segala-galanya. Eheh, setiap kali cuti panjang melebihi 5 hari, ku pastikan diri ni berada di Alor Setar.Perjalanan dari Nilai ke Alor Setar lebih kurang 6 jam sudah mengambil masa seharian. Pergi dan balik mengambil masa sehari. Jadi kalau pergi ‘ke sana’ memang sekejap sajalah berada di Alor Setar.

Persekitaran kerja pun salah satu faktor yang ‘membataskan’ anjakan paradigma diriku. Kalau ke ‘sana’, tak dapatlah aku mengajar ICT lagi (sementara je).

Duduk tak duduk, rupanya kena pindah gak..bukan pindah ke tempat kerja  lain, tapi pindah ke bilik lain. Berkotak-kotak barang dan fail  berusia 5 tahun di bawa turun ke bilik guru baru. Ruang pun kecil berbanding yang lama. Takpalah, berkorban untuk diri orang lain..Lepas ni, menapak lah cikgu nan sorang ni ke makmal komputer di tingkat 3 tuh dari tingkat bawah.Rasanya setiap hari aku bakal mengira anak -anak tangga sepanjang ke makmal bersama laptop yang banyak berjasa. Beg laptop pun dah nak terkoyak asyik usung ke sini sana..haha.

Advertisements

Sekarang

Awal tahun ini seperti biasa menjanjikan hari-hari yang ‘sibuk’ bagi guru data di sekolah. Sehingga kini, data EMIS yang guru seramai 135 orang dalam daftar telah pun dikemaskini (macam ada ralat lagi je). Data Menengah 65% siap. Terkini data guru PPSMI yang menggunakan sistem db GSMART. Lepas ni, fokus pada PERLABELAN guru.

P&P ? itu fokus utama..lebih-lebih lagi batch form5 ICT ku tahun ni yang agak manja..Hah, kena garang lah lepas nih.

Jejak 25 tahun Alumni UUM

Dari mesej group UUM di Facebook.

Jejak-jejak 25 tahun Alumni UUM

Jejak-jejak 25 tahun Alumni UUM