never ending story

Tempat baru

Minggu lepas ada ditawarkan jawatan yang menarik dan agaknya menjadi idaman ramai bagi yang bergelar cikgu ni.. Hmm.. macam mimpi aja bila ditawarkan. Tapi, bila difikirkan sedalam-dalamnya, sepanjang jauh yang mungkin, maka keputusan yang baik untuk diriku diputuskan. Aku tak terima, dan tak dapat ‘berhijrah’ ke sana. Cukuplah perkhidmatanku di sekolah sahaja. Lagipun, dalam beberapa bulan ni nak buat projek laman web dan modul ICT.

Kenapa tak terima ye? Cuti yang pendek mengatasi segala-galanya. Eheh, setiap kali cuti panjang melebihi 5 hari, ku pastikan diri ni berada di Alor Setar.Perjalanan dari Nilai ke Alor Setar lebih kurang 6 jam sudah mengambil masa seharian. Pergi dan balik mengambil masa sehari. Jadi kalau pergi ‘ke sana’ memang sekejap sajalah berada di Alor Setar.

Persekitaran kerja pun salah satu faktor yang ‘membataskan’ anjakan paradigma diriku. Kalau ke ‘sana’, tak dapatlah aku mengajar ICT lagi (sementara je).

Duduk tak duduk, rupanya kena pindah gak..bukan pindah ke tempat kerja  lain, tapi pindah ke bilik lain. Berkotak-kotak barang dan fail  berusia 5 tahun di bawa turun ke bilik guru baru. Ruang pun kecil berbanding yang lama. Takpalah, berkorban untuk diri orang lain..Lepas ni, menapak lah cikgu nan sorang ni ke makmal komputer di tingkat 3 tuh dari tingkat bawah.Rasanya setiap hari aku bakal mengira anak -anak tangga sepanjang ke makmal bersama laptop yang banyak berjasa. Beg laptop pun dah nak terkoyak asyik usung ke sini sana..haha.

Comments on: "Tempat baru" (4)

  1. Oklahtu, boleh kuruskan paha sikit. Kire hehari naik tangga bawak laptop 1kilo sebanyak 5 hari bule menggantikan pergi ke gymnasium untuk buat shoulder / bicept-tricept excercise…

  2. kurus mende..nanti umur cecah 40-an, dah sakit tulang belakang,lutut mereput. Mujurlah ku penggemar fresh milk..more calcium for me

  3. Fresh Milk yek cikgu, more calcium mmg lah more calsiyum takut nanti more fat pulak nanti cicah 40-an….

  4. susu tidak menggemukkan. itu adalah fakta yg salah mr hafiz!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: