never ending story

Menonton drama jepun bersiri Hana Yori Dango atau Boys Over Flower season 1 dan season 2 sepanjang cuti tahun lepas menjadikan aku ternanti-nanti kesudahannya. Biarpun movie penamat ditayangkan di Malaysia beberapa bulan lepas, tapi rasanya agak tidak logik kiranya aku menjadi salah seorang penonton di panggung wayang, apatah lagi bersama Zali!

Jadi, tadi aku dah meleburkan RM29.90 untuk mendapatkan dvd  di Music Valley. Hee.. tak pernah-pernah aku beli dvd , nak pulak drama Jepun. Terima kasih buat adik-adikku yang membekalkan drama-drama Jepun ini buat ku tonton sepanjang tahun lepas. Setakat ni yang pernah aku tonton sambil membuang masa..Hana Yori Dango, Gokusen, GTO, Proposal Daisakusen (operation love) , Attack No. 1 , Hanazakari no Kimitachi e, Attention Please, Lunch Queen, Kurosagi dan beberapa lagi yang tak ingat tajuknya. Wah…alangkah ruginya masa-masa yang berlalu begitu saja..

Sekarang KBS World (Astro Channel – 303) ada menayangkan drama Boys Over Flower versi Korea setiap Isnin dan Selasa jam 9.00 malam. Rasanya Boys Over Flower versi Jepun yang paling seronok di tonton berbanding versi Korea dan Taiwan (Meteor Garden). Ada sesuatu yang menarik mengenai drama Jepun selain penggunaan bahasanya. Mungkin mimik muka eskpresi pelakon yang bersahaja dan agak melucukan.

Drama Boys Over Flower ini adaptasi dari komik manga Jepun “Hana Yori Dango”.
http://en.wikipedia.org/wiki/Boys_Over_Flowers

Apapun, inilah drama siri terbaik yang pernah aku tonton sampai jam 3-4 pagi sebab tak boleh berhenti !

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango Final Movie

Comments on: "Hana Yori Dango Final the movie@ Boys Over Flower" (4)

  1. Kenapalah drama-drama tempatan tak mendapat tempat di hati sanubari remaja juga dewasa ye? Kirenya soap drama dari Jepan ini dah lah boleh mendatangkan ketagihan juga ada nilai untuk koleksi peribadi. Bila buat koleksi peribadi dah tentu beli yang oliginal maa. Ini drama malaysia lagi orang tak minat mau tengok lagi mau beli yang pilate vcd. Lugila ini macam artist kita maa.

    In munkin disebabkan soap drama dari Jepang banyak menggunakan pakai unsur-unsur komik. Baca komik mmg ketagih…nak lagi dan lagi.

  2. Drama /movie buatan Jepun kebanyakkan olahan dari siri komik manga, sebab tu byk berunsurkan humour dan mesej bersifat objektif. Drama-drama tempatan kadangkala banyak menerapkan unsur cintan dan angan tak sudah. Walaupun drama Jepun/Korea sebenarnya berunsurkan fantasi juga, namun cara persembahan dan penyampaian mudah difahami dan ringan. Kalau nak yang banyak memaparkan realiti hidup, tengoklah drama Tamil..

  3. NSEM NYER LA HANAZAWAI NIE..AKU SKE GLER WTAK DIA DLM CTER NIE..
    RMANTIK SGT2…HUHUHUH

    • hazawai rui.. dah nama pun citer adik..kena la watak yg ensem..romantika.heheh..nak attract pembaca..penonton

      watak dalam version korea pun handsome..pretty boy le..boys over flower

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: