never ending story

Archive for December, 2009

Tudung by dinahariz

Sila lawati dan mencuci mata anda dengan tudung-tudung handmade oleh tok mama dinahariz. Tudung yang unik, cantik, berkualiti dengan harga yang berpatutan. Anda beli , anda tidak rugi..

Blog dinahariz : http://dinahariz.blogspot.com/

Tudung dinahariz

Tudung dinahariz - warna ungu dan coklat

Warna coklat dipakai oleh adik pengarang semasa majlis perkahwinan sepupu

Advertisements

My 2009 ICT Student

SPM 2009 sudah berlalu..dan begitu juga dengan kertas ICT SPM 2009.. Fuh! boleh tahan juga soalan..kelat juga air muka pelajar-peajarku tatkala keluar dari dewan peperiksaan, dan berkerut juga dahiku melihat wajah mereka. Apapun, peperiksaan sudah berlalu dan harapanku agar mereka menjawab dengan sebaik mungkin. Cikgu redha dengan sebarang keputusan yang bakal keluar nanti. Bagiku, apa yang penting bukanlah keputusan semata-mata tetapi ilmu dan kemahiran yang mereka perolehi sepanjang 2 tahun belajar matapelajaran ICT.

Semoga mereka memanafaatkan masa terluang yang ada sepanjang menunggu keputusan SPM.

Makan dulu sebelum solat

Ezzaty, Baby n Faten

ICT Student SPM 2009

Pelajar SPM ICT 2009

9 Nyawa

Wah.. satu lagi karya agung dari penulis kegemaran, Ramlee Awang Mursyid dengan tajuk 9 Nyawa. Melihat ilustrasi kulit buku yang bermatakan kucing pun sudah cukup menggamit hati untuk mendapatkannya. Malangnya minggu lepas, aku berada di Alor Star. Masih  belum ada di kedai buku Popular. Membaca sinopsis dan fragmen pun sudah membuatkan ku tidak sabar memiliki buku ini. Mungkin Selasa atau Rabu ini akan ku mencari novel ini. Yang pasti, 9 nyawa ini akan laris di pasaran.

Halaman: 512
Harga: RM19.90
Harga untuk Pelanggan Pos: RM19.00
Penulis: Ramlee Awang Murshid

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM

Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Untuk membaca fragmen novel sila klik di sini 🙂

Novel 9 Nyawa karya terbaru RAM