never ending story

Cerita t-shirt MERAH

Baru ni aku mengemas almari baju yang dah sesak tu. Sebenarnya mengemas sebab mencari blouse yang dah lama beli tapi belum pernah pakai. Terjumpa pula sehelai tshirt berwarna merah maroon penuh. Ku tarik dan membuka lipatannya. Hehe..tshirt kegemaran semasa di universiti dulu. Rasanya beli semasa tahun pengajian ke-2. Sekitar tahun 1999 -2000 rasanya. Tshirt tu masih kelihatan elok dan sempurna cuma warnanya agak luntur sedikit. Tshirt ni lah yang selalu dipakai ke mana-mana..dipadankan dengan tudung berwarna pink peach dan seluar coklat kelabu jenama Applemints (memori masih kuat..Alhamdullilah).

Tiba – tiba teringat pula, suatu peristiwa yang pernah berlaku semasa aku pakai tshirt ni. Masa itu sudah bekerja (sebelum jadi cikgu) di sebuah daerah. Malam tu keluar makan di sebuah restoren tomyam yang  terkenal dengan tomyamnya yang marvellous..pedas dan manis. Aku pakai tshirt merah ni bersama seluar trek hitam dan selipar sahaja. Langsung tak bergaya..almaklumlah keluar nak makan sahaja di kedai makan berhampiran bersama rakan – rakan serumah. Dipendekkan cerita, semasa kami sampai di kedai makan berkenaan, ada sekumpulan lelaki makan di kedai yang sama. Seperti biasa, aku terus duduk di kerusi yang dipilih tanpa melihat siapa yang berada di sekeliling. Setelah pesanan di ambil, pelayan kedai makan berkenaan yang berketurunan Siam datang ke meja kami . Di hulurnya sekeping kertas..dan berkata ” Ada orang bagi kertas ni”. Aku melihat sepintas lalu angka – angka yang ada di kertas tersebut..oh, no. handphone..monolog ku sendiri. Aku buat tidak endah sahaja kerana pada fikiranku sudah tentulah kertas tu hendak diberikan kepada mana – mana  rakan serumahku yang sememangnya cantik dan agak berketrampilan malam itu. Rakan serumahku sedikit teruja..bertanya untuk siapa kertas tu. Hampir tersedak aku mendengar jawapan adik pelayan Siam itu , ” nok bei kak baju meghoh ni”. Tiada respon langsung dari aku bila diberitahu..untuk aku? rabun ke apa orang ni? Adik pelayan Siam itu terus tercegat berdiri sambil menghulurkan kertas itu kepadaku..mungkin menunggu respon dari aku. Dek kerana kesian melihatnya yang kelihatan agak ketakutan aku mengambil kertas tersebut. “Siapa bagi?” aku menyoalnya. “Tu, abang meja sana” jawabnya. Aduhai, mimpikah aku? Pelik tetapi benar. Aku langsung tidak menoleh melihat gerangan empunya no handphone ini, sebaliknya terus menikmati makanan yang sudah tersedia di depan mata. Control makan? oh..tidak. Aku terus makan seperti biasa..dan kertas tersebut masih ada di meja makan kami sehinggalah kami meninggalkan kedai makan itu. Rakan serumahku mengingatkan aku tentang kertas no handphone itu. Minta maaf ye, tak dapek nak nolong.

Bila kenangkan peristiwa yang berlaku 9 tahun dulu itu, terfikir pula perasaan insan yang mencatatkan no telefonnya itu..mungkin rasa malu dengan rakan-rakannya kerana seperti ‘direject hidup-hidup’. Apapun, aku berharap yang terbaik untuk insan berkenaan..hehehe.

Dan, baju yang dibuka lipatannya itu, ku pakai ke kedai berhampiran pada hari itu.🙂

~ sekadar bercerita ~

It's never too late to be what we might be

It's never too late to be what we might be

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: