never ending story

Archive for the ‘Data’ Category

Peperiksaan PTK Sesi Oktober 2010

Permohonan menduduki PTK sesi Oktober telah dibuka. Sila hubungi guru data sekolah untuk pendaftaran.

Antara kelayakan untuk peperiksaan PTK sesi Oktober 2010 kali ini adalah :

  1. Calon yang berulangkali mengambil PTK sebelum ini dan mengambil PTK sesi Jun 2010 (masih mendapat aras III) tidak layak menduduki PTK.
  2. Calon pertama kali ambil PTK pada sesi Jun 2010, dan mendapat Aras III boleh mendaftar untuk sesi Oktober 2010.
  3. Calon pertama kali ambil PTK pada Ogos 2009, tetapi tidak mengambil PTK pada Jun 2010, layak untuk sesi Oktober 2010 (kecuali yang tidak hadir tanpa sebab semasa sesi Jun).
  4. Calon yang sebelum ini dikenakan sekatan pada sesi Ogos 2009 (12 bulan kalendar peperiksaan PTK) dibenarkan ambil PTK Sesi Oktober 2010.
  5. Calon yang masih mendapat Aras I dan II boleh terus mengambil PTK .
  6. Calon – calon yang baru dilantik (KUP/Memangku) boleh mengambik PTK pada gred yang baru dengan syarat ada surat lantikan gred baru yang rasmi.
  7. Calon – calon yang telah mendapat Aras III dan IV tidak perlu ulang kedua – dua kertas, hanya perlu ulang kertas yang mendapat Aras III (tertakluk pada syarat ke 2)
  8. Calon yang mendapat Aras II dan III dikehendaki mengulang kedua – dua kertas.

Tarikh peperiksaan PTK untuk sesi Oktober 2010 ialah 16 Oktober 2010 (Sabtu)

EMIS goes online

Setelah beberapa hari menanti dengan penuh harapan, maka server emis kembali beroperasi walaupun loading page masih seperti dulu dan sempatlah saya membaca email dahulu di samping menjenguk blog yang terkubur buat beberapa bulan ni.

Kita  boleh  menggunakan browser Google Chrome memandangkan saya telah mencuba IE dan Mozilla Firefox dan dapatannya, browser Google Chrome tidak mengecewakan. Boleh download dari search engine Google..sekejap saja proses downloading.  Tapi capaian server bergantung juga kepada kepantasan capaian Internet yang digunakan. Mujurlah kawasan rumah dapat signal HSDPA..

www.google.com/chrome

Saya perlu mengemaskini data guru seramai 141 orang dan 20 staf. Duduk di rumah sajalah hujung minggu ni..

Ok, selamat mengemaskini data!


OPEN BOOK TEST

An-email from a friend

OPEN BOOK TEST BAGI KOMPONEN GENERIK (UMUM) PEPERIKSAAN PTK GRED 17 – 44 di KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MULAI MAC 2009

Sumber: Portal Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi KPM.

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Penilaian Kompetensi KPM telah bersetuju supaya Kaedah Open Book Test digunakan  BAGI KOMPONEN GENERIK (UMUM) PEPERIKSAAN PTK GRED 17 – 44 di KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA mulai SESI MAC 2009.

Antara Bahan yang dibenarkan:

1. Perintah-Pperintah am
2. Peraturan pegawai awam (pelantikan,kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan) 2005
3. Peraturan pegawai awam (kelakuan &tatatertib) 1993
4. Arahan perbendaharaan
5. Akta prosedur kewangan 1957
6. Panduan pengurusan pejabat
7. Lain-lain peraturan/akta/undang-undang yang bersesuaian

Sila klik di sini untuk muaturun Surat Siaran berkenaan perkara ini.

Aplikasi Markah 10% Kokorikulum

Aplikasi Pengumpulan markah 10% untuk kokurikulum bagi calon-calon SPM, STPM dan STAM 2008 boleh dicapai melalui laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau terus ke http://apps.emoe.gov.my/emkoko.

Selamat menginput!

Pendaftaran PTK Sesi 2009

Pendaftaran PTK untuk sesi 2009 telah dibuka untuk Mac. DG41 tarikh peperiksaan 19 Mac, DG44 17 Mac.DG lain hari rabu 18 Mac.

Untuk calon DG 44, boleh rujuk pada buku panduan PTK yang dibekalkan ke setiap sekolah untuk pilihan kertas khusus. Sekiranya sebelum ini calon DG44 mengikuti kursus untuk PTK DG44, bermula dari tahun 2009, calon akan menjawab soalan dalam bentuk objektif. Kertas dibahagikan kepada dua komponen iaitu kompetensi umum (menggantikan PSK- Penilaian Sepanjang Kursus) dan kompetensi khusus(fungsi). Terdapat 22 pilihan kertas kompetensi khusus yang menggantikan UAK-Ujian Akhir Kursus.Calon DG44 yang ingin mengulang boleh membuat pendaftaran berdasarkan komponen peperiksaan PTK sebelum ini. Sekiranya ingin mengulang komponen UAK, maka pendaftaran perlu dilakukan untuk kompetensi khusus.

Semua peraturan, maklumat, kelayakan dan panduan dimaklumkan dalam buku panduan PTK 2009. Untuk mendapatkan sukatan peperiksaan PTK, sila muat turun dari apps.emoe.gov.my/bppk

EG-Tukar Application

dengar kata akan dibuka bermula 1 September nih sehingga hujung bulan. Prosedur masih sama cuma penekanan kepada pengesah.

New features of EMIS 4.1

Just got EMIS 4.1 installation softcopy. This s/copy comes together with EMIS 4.1 utilities. That’s mean, when you install it, you will find 2 program separates. Only one installation, you got 2 program. What are the new features? only update as usual and focus to perkhidmatan section –> jawatan khas guru and tugas khas. More specific rather than label teacher as GAB. So, not really big changing. Alhamdullillah.. 🙂