never ending story

Archive for the ‘Hobby’ Category

Broga Hill little adventure

Bulan lepas berkesempatan menaiki Bukit Broga yang jarak sebenarnya hanya 1.7km untuk ke puncak. Memandangkan tak pernah sampai situ dan dah lama tak mengaktifkan diri, maka serasa begitu jauh perjalanan nak sampai ke puncak, apatah lagi bila mula-mula masuk kawasan, rupanya bawah tu ladang kelapa sawit. Dikenakan bayaran RM2 per kereta.

Disebabkan langsung tak bersenam dan tak makan malam dan pagi hari kejadian, maka stamina badan memang out. Tapi dengan iltizam dan motivasi (sengaja mencabar diri) , maka di kuatkan juga kudrat untuk sampai ke puncak. Ada juga yang separuh perjalanan tak sampai-sampai ke atas, rupanya akak tu patah balik ke bawah..

ImagePapan tanda yang menunjukkan jarak tak jauh mana pun sebenarnya..

Image
J
alan denai menuju ke hutan melalui ladang kelapa sawit. Mujur tak hujan pagi tu..Alhamdullilah..

Penat juga lah mendaki, di tambah dengan tiada bekalan tenaga pagi itu..menghabiskan kudrat yang ada saja. Sampai di atas, terkejut juga sebab ramai orang..yelah, dah cuti umum hari tu. Ada juga insiden yang tidak ingin dilihat..kebetulan masa sampai di atas (walaupun belum betul-betul atas lagi), ada budak yang sudah jatuh tergolek . Tangannya di khabarkan patah, rupanya budak tu pakai selipar saja. Tanah agak licin pada pagi itu disebabkan hujan malam sebelumnya,

Hati ini berdebar juga, takut perkara yang sama terjadi..perlahan-lahan kaki menjejak lubang-lubang tanah yang dijadikan tangga di situ, aras badan direndahkan supaya senang mendaki. Akhirnya sampai juga di atas.

Image

Memang cantik tempat ni, Tidak hairan lah kalau ada yang sampai jam 5.30 pagi lagi semata-mata nak tengok matahari naik. Tapi kalau sampai 5.30, solatnya di mana ya? hehehe.. Tempat ni sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan sahabat di samping menguji ketahanan fizikal dan minda serta semangat. Ada juga budak-budak yang berumur 4, 5 tahun naik bukit ni bersama ibu bapa..dan tak kurang juga ada yang mengendong bayi kecil naik bersama. Kagum seketika..

Image

ImageMy husband berlakon jadi ‘Running Man’.

Sekiranya lapar dan lupa membawa bekalan makanan penambah tenaga, usah khuatir kerana di bawah kaki bukit ada gerai menjual makanan ringan (owner Chinese)..nak beli aiskrim pun boleh, pakcik ais krim sedia memberi khidmat.

Image

Ada juga yang naik bukit ni memakai pakaian yang kurang sesuai pada hemat saya..seluar jeans dan sandal bertumit tidak disarankan.Tiada shopping kompleks di atas sana pun. Pakaian tshirt dan seluar biarlah longgar dan menutup aurat untuk mereka yang bergelar perempuan. Sayang juga jika kita kagum menikmati pemandangan keindahan ciptaaan Allah Maha Esa, tapi ada pula mata-mata bukan muhrim yang melihat kita sedemikian rupa..uhuuu..

Lepas ni boleh lah ke Broga Hill lagi.

Image

Image

Bakal jatuh cinta lagi..

Dalam dua hari lagi nampaknya insan yang dirindui dapat ku temui haha..temui dalam buku karya Ramlee Awang Mursyid..ya,  susulan triologi hitsnya Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta..dan kepada sang-sang perindu Laksamana Sunan@Saifuddin, pastikan anda memiliki Cinta Sufi. Rasa lebih teruja bila mengetahui Cinta Sufi telah berada di pasaran Pesta Buku Antarabangsa. Pelancaran Cinta Sufi 28 Mac Ahad ini di Pesta Buku PWTC. Setakat ini ada 11 buku dalam senarai ingin dibeli : karya Noor Suraya, Imaen, Sri Diah, Anis Ayuni dan beberapa lagi termasuk buku ilmiah. Harap-harap Cinta Sufi dapat dimiliki.

Cinta Sufi dan Cinta yang terpilih

Another wish list

Labyrith karya Imaen

Cerita bulan Mac

Nampaknya entri pos yang terakhir sebelum ini bertarikhkan14 Disember. Hampir 3 bulan tak mengemaskini blog yang tidak seberapa ini. Tahun 2010 menyaksikan tahun-tahun mengajar subjek ICT selama 5 tahun bermula 2006 dan Teknologi Maklumat 2005. Jadi, sudah 4 ‘keluaran’ SPM TM dan ICT sepanjang perkhidmatanku sebagai guru. Alhamdulillah masih 100%. Bagi diriku,  bilangan A bukan menjadi ukuran hakiki tetapi sejauh mana ilmu dan kemahiran yang diperolehi oleh murid. Saat yang menggembirakan diriku, bila pelajar-pelajar yang pernah mengambil subjek teknologi maklumat/ICT menyambung pelajaran mereka dalam bidang IT.

Bulan Mac ini juga memberi peluang kepada ‘guru-guru data’ untuk berehat seketika. Bermula minggu pertama persekolahan sehingga sekarang, rasanya setiap hari laptop biru ini dibawa bersama menjadi peneman setia. Kadang-kadang dibuka tetapi tidak sempat digunakan. Emis online, data menengah, ABM, PTK dan pelbagai jenis keperluan data menjadi antara skop kerja yang perlu dilaksanakan. SMM? Minta maaf, saya menyerah..dengan jumlah pelajar melebihi 1800 tidak mungkin saya sanggup menghadapinya lagi. Hutang-hutang kerja panitia pun belum dilunaskan sepenuhnya hehe.

Esok bermula cuti penggal pertama selama seminggu..mungkin bagi mereka yang tidak menjawat jawatan guru akan berpendapat “seronoknya cikgu cuti seminggu”..ya, memang cuti seminggu, tapi dalam kalendar sahaja. Kami masih bekerja biarpun dalam cuti. Masih akan ke sekolah untuk kelas tambahan dan menyelesaikan kerja-kerja yang sepatutnya. Dulu saya pernah bekerja di sebuah organisasi ICT di taman perindustrian sains..lokasi? biarlah rahsia. Saya bekerja mengikut waktu pejabat..masuk pukul 8.30 dan pulang 4.30.. 80% tugas saya melibatkan penggunaan komputer. Pernah bermalam di pejabat untuk menyiapkan tugas. Jadi secara tidak langsung, saya dapat merasai perbezaan atau perasaan semasa menjawat jawatan bukan guru dan juga guru.

Bulan Mac juga akan menyaksikan mereka yang suka membaca bersama-sama membanjiri PWTC. Ya, acara tahunan yang ditunggu..Pesta Buku Antarabangsa 2010, bermula 19 Mac. Tahun ini satu buku pun tidak ku beli, memandangkan masih ada sebuah dua yang dibeli tahun lepas masih berbalutkan plastik..hehe. Setiap judul buku yang ingin dibeli dicatat. Jom kita pi nanti.

9 Nyawa

Wah.. satu lagi karya agung dari penulis kegemaran, Ramlee Awang Mursyid dengan tajuk 9 Nyawa. Melihat ilustrasi kulit buku yang bermatakan kucing pun sudah cukup menggamit hati untuk mendapatkannya. Malangnya minggu lepas, aku berada di Alor Star. Masih  belum ada di kedai buku Popular. Membaca sinopsis dan fragmen pun sudah membuatkan ku tidak sabar memiliki buku ini. Mungkin Selasa atau Rabu ini akan ku mencari novel ini. Yang pasti, 9 nyawa ini akan laris di pasaran.

Halaman: 512
Harga: RM19.90
Harga untuk Pelanggan Pos: RM19.00
Penulis: Ramlee Awang Murshid

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM

Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Untuk membaca fragmen novel sila klik di sini 🙂

Novel 9 Nyawa karya terbaru RAM

Lain, berbeza dan unik

Setiap kali ke MPH, Popular atau menjengok ke kedai buku, pasti mata ini akan melihat rak buku yang mempamerkan buku-buku terbaru. Kalau Kak Idah lebih gemar melihat buku ilmiah dan bercirikan pengurusan, aku pula lebih terarah membelek buku-buku fiksyen.. rasanya lebih setengah dozen aku beli semasa Pesta Buku Antarabangsa April lepas..dan masih ada yang berbungkus lagi dengan plastik sehingga kini. Sudah menjadi habit ku mengumpul buku-buku dan membaca kemudian di masa lapang (walaupun sehelai dua muka surat sahaja). Biasanya karya Alaf21 atau NB Kara akan menjadi pilihan memandangkan banyak buku penulis kegemaran bernaung di situ. Masa zaman sekolah, aku banyak memilih karya keluaran DBP atau Utusan Publication…dan pada satu ketika aku mencuba satu buku keluaran Jemari Seni setelah membaca komentar yang positif mengenainya..dan seperti biasa, aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya disebabkan tuntutan kerja.

Kini, tersenarailah seorang lagi penulis kegemaran selain Ramlee Awang Mursyid iaitu Imaen!..gaya penulisannya memang menarik perhatian aku. Jiwa aku bukan jiwa remaja yang cenderung kepada jalan cerita yang romantik , penuh dengan onak duri mengharungi percintaan dengan watak utama digambarkan cantik jelita, tampan, kaya raya, anak Dato’, Tan Sri dan juga nama yang sangat moden dan susah nak menyebutnya. Mungkin juga disebabkan usia ku yang sudah lama  meninggalkan zaman remaja dulu menjadikan diriku agak cerewet memilih buku untuk hobi nan satu ku ini. Bohemian sudah lama ku habis baca dan kini aku sedang membaca Sigaraning pula walaupun sudah berbulan aku memilikinya.

baca dulu baru tahu

baca dulu baru tahu

Sigaraning

Sigaraning

Lepas habis baca Sigaraning akan ku cari pula LABYRINTH 🙂

Klik disini untuk ke blog penulis.

MIKHAIL di pasaran

 

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi

>> Petikan dari laman web Alaf21

 

Mikhail di pasaran esok

Mikhail di pasaran esok

** Tunggu Pesta Buku Antarabangsa 2009 (17 – 26 April). Mesti ada  promosi  trionovel masa tu.

Hana Yori Dango Final the movie@ Boys Over Flower

Menonton drama jepun bersiri Hana Yori Dango atau Boys Over Flower season 1 dan season 2 sepanjang cuti tahun lepas menjadikan aku ternanti-nanti kesudahannya. Biarpun movie penamat ditayangkan di Malaysia beberapa bulan lepas, tapi rasanya agak tidak logik kiranya aku menjadi salah seorang penonton di panggung wayang, apatah lagi bersama Zali!

Jadi, tadi aku dah meleburkan RM29.90 untuk mendapatkan dvd  di Music Valley. Hee.. tak pernah-pernah aku beli dvd , nak pulak drama Jepun. Terima kasih buat adik-adikku yang membekalkan drama-drama Jepun ini buat ku tonton sepanjang tahun lepas. Setakat ni yang pernah aku tonton sambil membuang masa..Hana Yori Dango, Gokusen, GTO, Proposal Daisakusen (operation love) , Attack No. 1 , Hanazakari no Kimitachi e, Attention Please, Lunch Queen, Kurosagi dan beberapa lagi yang tak ingat tajuknya. Wah…alangkah ruginya masa-masa yang berlalu begitu saja..

Sekarang KBS World (Astro Channel – 303) ada menayangkan drama Boys Over Flower versi Korea setiap Isnin dan Selasa jam 9.00 malam. Rasanya Boys Over Flower versi Jepun yang paling seronok di tonton berbanding versi Korea dan Taiwan (Meteor Garden). Ada sesuatu yang menarik mengenai drama Jepun selain penggunaan bahasanya. Mungkin mimik muka eskpresi pelakon yang bersahaja dan agak melucukan.

Drama Boys Over Flower ini adaptasi dari komik manga Jepun “Hana Yori Dango”.
http://en.wikipedia.org/wiki/Boys_Over_Flowers

Apapun, inilah drama siri terbaik yang pernah aku tonton sampai jam 3-4 pagi sebab tak boleh berhenti !

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango Final Movie