never ending story

Archive for the ‘Leisure’ Category

Broga Hill little adventure

Bulan lepas berkesempatan menaiki Bukit Broga yang jarak sebenarnya hanya 1.7km untuk ke puncak. Memandangkan tak pernah sampai situ dan dah lama tak mengaktifkan diri, maka serasa begitu jauh perjalanan nak sampai ke puncak, apatah lagi bila mula-mula masuk kawasan, rupanya bawah tu ladang kelapa sawit. Dikenakan bayaran RM2 per kereta.

Disebabkan langsung tak bersenam dan tak makan malam dan pagi hari kejadian, maka stamina badan memang out. Tapi dengan iltizam dan motivasi (sengaja mencabar diri) , maka di kuatkan juga kudrat untuk sampai ke puncak. Ada juga yang separuh perjalanan tak sampai-sampai ke atas, rupanya akak tu patah balik ke bawah..

ImagePapan tanda yang menunjukkan jarak tak jauh mana pun sebenarnya..

Image
J
alan denai menuju ke hutan melalui ladang kelapa sawit. Mujur tak hujan pagi tu..Alhamdullilah..

Penat juga lah mendaki, di tambah dengan tiada bekalan tenaga pagi itu..menghabiskan kudrat yang ada saja. Sampai di atas, terkejut juga sebab ramai orang..yelah, dah cuti umum hari tu. Ada juga insiden yang tidak ingin dilihat..kebetulan masa sampai di atas (walaupun belum betul-betul atas lagi), ada budak yang sudah jatuh tergolek . Tangannya di khabarkan patah, rupanya budak tu pakai selipar saja. Tanah agak licin pada pagi itu disebabkan hujan malam sebelumnya,

Hati ini berdebar juga, takut perkara yang sama terjadi..perlahan-lahan kaki menjejak lubang-lubang tanah yang dijadikan tangga di situ, aras badan direndahkan supaya senang mendaki. Akhirnya sampai juga di atas.

Image

Memang cantik tempat ni, Tidak hairan lah kalau ada yang sampai jam 5.30 pagi lagi semata-mata nak tengok matahari naik. Tapi kalau sampai 5.30, solatnya di mana ya? hehehe.. Tempat ni sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan sahabat di samping menguji ketahanan fizikal dan minda serta semangat. Ada juga budak-budak yang berumur 4, 5 tahun naik bukit ni bersama ibu bapa..dan tak kurang juga ada yang mengendong bayi kecil naik bersama. Kagum seketika..

Image

ImageMy husband berlakon jadi ‘Running Man’.

Sekiranya lapar dan lupa membawa bekalan makanan penambah tenaga, usah khuatir kerana di bawah kaki bukit ada gerai menjual makanan ringan (owner Chinese)..nak beli aiskrim pun boleh, pakcik ais krim sedia memberi khidmat.

Image

Ada juga yang naik bukit ni memakai pakaian yang kurang sesuai pada hemat saya..seluar jeans dan sandal bertumit tidak disarankan.Tiada shopping kompleks di atas sana pun. Pakaian tshirt dan seluar biarlah longgar dan menutup aurat untuk mereka yang bergelar perempuan. Sayang juga jika kita kagum menikmati pemandangan keindahan ciptaaan Allah Maha Esa, tapi ada pula mata-mata bukan muhrim yang melihat kita sedemikian rupa..uhuuu..

Lepas ni boleh lah ke Broga Hill lagi.

Image

Image

Cantiknya PNB Ilham Resort..

PNB ILHAM RESORT, Tanjung Tuan, Port Dickson. Rasa ralat tak dapat masuk Hutan Rekreasi. Tapi apapun, akan ke sana lagi hujung bulan depan. Insya Allah.

This slideshow requires JavaScript.

Bakal jatuh cinta lagi..

Dalam dua hari lagi nampaknya insan yang dirindui dapat ku temui haha..temui dalam buku karya Ramlee Awang Mursyid..ya,  susulan triologi hitsnya Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta..dan kepada sang-sang perindu Laksamana Sunan@Saifuddin, pastikan anda memiliki Cinta Sufi. Rasa lebih teruja bila mengetahui Cinta Sufi telah berada di pasaran Pesta Buku Antarabangsa. Pelancaran Cinta Sufi 28 Mac Ahad ini di Pesta Buku PWTC. Setakat ini ada 11 buku dalam senarai ingin dibeli : karya Noor Suraya, Imaen, Sri Diah, Anis Ayuni dan beberapa lagi termasuk buku ilmiah. Harap-harap Cinta Sufi dapat dimiliki.

Cinta Sufi dan Cinta yang terpilih

Another wish list

Labyrith karya Imaen

Cerita bulan Mac

Nampaknya entri pos yang terakhir sebelum ini bertarikhkan14 Disember. Hampir 3 bulan tak mengemaskini blog yang tidak seberapa ini. Tahun 2010 menyaksikan tahun-tahun mengajar subjek ICT selama 5 tahun bermula 2006 dan Teknologi Maklumat 2005. Jadi, sudah 4 ‘keluaran’ SPM TM dan ICT sepanjang perkhidmatanku sebagai guru. Alhamdulillah masih 100%. Bagi diriku,  bilangan A bukan menjadi ukuran hakiki tetapi sejauh mana ilmu dan kemahiran yang diperolehi oleh murid. Saat yang menggembirakan diriku, bila pelajar-pelajar yang pernah mengambil subjek teknologi maklumat/ICT menyambung pelajaran mereka dalam bidang IT.

Bulan Mac ini juga memberi peluang kepada ‘guru-guru data’ untuk berehat seketika. Bermula minggu pertama persekolahan sehingga sekarang, rasanya setiap hari laptop biru ini dibawa bersama menjadi peneman setia. Kadang-kadang dibuka tetapi tidak sempat digunakan. Emis online, data menengah, ABM, PTK dan pelbagai jenis keperluan data menjadi antara skop kerja yang perlu dilaksanakan. SMM? Minta maaf, saya menyerah..dengan jumlah pelajar melebihi 1800 tidak mungkin saya sanggup menghadapinya lagi. Hutang-hutang kerja panitia pun belum dilunaskan sepenuhnya hehe.

Esok bermula cuti penggal pertama selama seminggu..mungkin bagi mereka yang tidak menjawat jawatan guru akan berpendapat “seronoknya cikgu cuti seminggu”..ya, memang cuti seminggu, tapi dalam kalendar sahaja. Kami masih bekerja biarpun dalam cuti. Masih akan ke sekolah untuk kelas tambahan dan menyelesaikan kerja-kerja yang sepatutnya. Dulu saya pernah bekerja di sebuah organisasi ICT di taman perindustrian sains..lokasi? biarlah rahsia. Saya bekerja mengikut waktu pejabat..masuk pukul 8.30 dan pulang 4.30.. 80% tugas saya melibatkan penggunaan komputer. Pernah bermalam di pejabat untuk menyiapkan tugas. Jadi secara tidak langsung, saya dapat merasai perbezaan atau perasaan semasa menjawat jawatan bukan guru dan juga guru.

Bulan Mac juga akan menyaksikan mereka yang suka membaca bersama-sama membanjiri PWTC. Ya, acara tahunan yang ditunggu..Pesta Buku Antarabangsa 2010, bermula 19 Mac. Tahun ini satu buku pun tidak ku beli, memandangkan masih ada sebuah dua yang dibeli tahun lepas masih berbalutkan plastik..hehe. Setiap judul buku yang ingin dibeli dicatat. Jom kita pi nanti.

9 Nyawa

Wah.. satu lagi karya agung dari penulis kegemaran, Ramlee Awang Mursyid dengan tajuk 9 Nyawa. Melihat ilustrasi kulit buku yang bermatakan kucing pun sudah cukup menggamit hati untuk mendapatkannya. Malangnya minggu lepas, aku berada di Alor Star. Masih  belum ada di kedai buku Popular. Membaca sinopsis dan fragmen pun sudah membuatkan ku tidak sabar memiliki buku ini. Mungkin Selasa atau Rabu ini akan ku mencari novel ini. Yang pasti, 9 nyawa ini akan laris di pasaran.

Halaman: 512
Harga: RM19.90
Harga untuk Pelanggan Pos: RM19.00
Penulis: Ramlee Awang Murshid

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM

Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Untuk membaca fragmen novel sila klik di sini 🙂

Novel 9 Nyawa karya terbaru RAM

25.12 stories

Semalam 25 Disember, cuti umum buat satu Malaysia. Christmas. Macam biasa, Alamanda pilihanku sebab ada MPH ( elemen yang sangat penting), Vincci (walaupun tak membeli sekadar cuci mata), surau yang sangat bagus keadaan dan persekitarannya (setakat ni, Alamanda shopping complex yang menyediakan surau 5 bintang, shopping complexs yang lain sekangkang kera  ja luasnya), food court yang banyak pilihan, environment yang menyenangkan, carrefour (susunan barang sistematik dan memudahkan pencarian), dan GSC ( antara yang terbaik yang pernah aku pergi).  Sedari dari rumah, instinct ni mengatakan akan bertemu dengan seseorang yang kukenali dan bekerja di Putrajaya nih. Memang tepat pun. Terjumpa Bai aka hadiena di Alamanda! last jumpa masa kenduri kawin aku, 4 tahun lepas.

Wah Bai, hebat hang, beli barang basah di Carrefour hehe. Bai sorang saja hari tuh, so, pertemuan tak sampai satu jam tu kami manafaatkan bersama. Perbualan banyak tentang kisah-kisah tempat kerja lama kami.Hmm.. teringat kenangan masa bekerja di sana. Sebenarnya, aku memang suka kerja di sana. Banyak pengalaman bekerja di sana aku praktikkan sekarang. Rata-rata staff yang rapat dengan ku dah berhijrah ke tempat lain, kecuali Min sorang yang masih setia dengan daerah Kulimnya tu.

Gambar yang diambil dari facebook Bai

Gambar yang diambil dari facebook Bai

 Lepas tu, kami tengok Histeria dan IP- MAN. Histeria,histeria, histeria. Kenapa aku suka tengok citer berunsurkan seram ni ye? Ada orang kata, cerita kegemaran seseorang mencerminkan peribadi penontonnya. Hee.. Saja nak tengok, sementelah tengok the making of Histeria. Overall bagi aku, boleh la. Tidak seperti Jangan Pandang Belakang yang bagi aku satu-satunya cerita Melayu yang menaikkan bulu roma ku..  Ip Man pula memang best. Cerita Cina yang ditonton oleh bangsa Melayu. Rupanya kisah benar. Kalau kisah benar memang seronok. Aku langsung tidak tahu jalan cerita atau sinopsisnya sebelum menonton. Zali yang booking tiket nih. Ip Man pengasas kungfu Win Chun dan juga sifu kepada Bruce Lee (kalau tak silap).

Sebelum tengok Ip Man, MPH adalah destinasi wajib setelah solat di surau yang bersih tu. Beli buku Surat Ungu Untuk Nuha dan Panggil Aku Dahlia karya Noor Soraya. Saja cuba membaca karya penulis yang baru bagi aku ( sebab tak pernah baca hasil kreativitinya). Aku memilih untuk mencuba setelah berulang kali membaca preview dan komentar tentang buku nih. Tapi, lain orang lain seleranya. Apapun, dah masuk bab ke 9. Kira lepas ni Noor Soraya masuk dalam favourite writer aku selain RAM, Anis Ayuni dan Norhayati Berahim.

Surat Ungu untuk Nuha

Surat Ungu untuk Nuha

Panggil Aku Dahlia karya Noor Suraya

Panggil Aku Dahlia karya Noor Suraya

Memandangkan Big Apple baru buka outlet di Alamanda (2nd floor, depan Nandos , sebelah Starbuck), maka kami berdua menjadi antara pelanggan yang beratur panjang untuk mencuba donut yang dikatakan sedap nih. Ingatkan mahal, sebiji cuma RM2.20. Kalau half dozen baru RM11.50. 6 flava yang kami pilih semuanya menepati selera. Lepas ni kalau ke Alamanda lagi, bolehla belikan untuk Kak Pah anak beranak  jiran sebelah sama 🙂

Dear Yayah…

Pinjam dari sepupuku Atikah yang mendapat 5A UPSR baru ni. Sejam setengah habis la baca hehe. Saja terlintas nak baca memandangkan aku ada terbaca komentar tentang Dear Yayah keluaran PTS Publication nih. Buku ni sesuai untuk remaja sebenarnya, tapi bila seorang yang dah nak menginjak ke umur 30 membacanya, terkenang-kenang pula cerita zaman sekolah dulu. Sesuai la dengan masa sekarang yang berada di home town. Apa khabar member-member Asmarians dulu..member-member SK Taman Uda..rasanya kalau jumpa memang tak kenal rupa.

Cikgu-cikgu yang mengajar ku dulu pun ada yang dah kembali ke rahmatullah. Cikgu Harun yang sporting, Ustazah Faridah, Ustaz Hasan Don.
Lusa aku akan kembali ke rumah Kota Seriemas, dan menyambung kembali tugas-tugas khas untuk tahun depan. Tahun depan sekolah bakal mendapat 2 buah makmal komputer, wiring dah siap. Yang paling menggembirakan, aku bakal dapat guru ICT 3 orang. Huu..ramai tu. Bila ramai dah jadi 4 orang, mulalah tak tahu nak agihkan kerja macamana (sebab dah biasa 4 tahun buat sendiri).

Dua hari ni juga makanan ruji adalah daging. Semalam kami sekeluarga buat korban 7 tompok, yakni seekor lembu. Tahun depan raya haji di Tangkak pula.

Bila tengok judul Dear Yayah ni, teringat satu buku  kisah benar..Diary of Anne Frank. Baca masa sekolah dulu. Catatan dalam bentuk diari semasa perang Dunia Kedua.

Dear Yayah 1

Dear Yayah 1

Aku memang suka membaca terutama buku yang dapat memberi input. Ke mana saja aku pergi mesti ada buku menemani. Hmm..looking forward for new masterpiece from Ramlee Awang Mursyid.