never ending story

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Bersawang dah..

Last entri/post sebelum ni 25/12/2010..Fuh! 2 tahun tu. Minta maaf saya terpaksa de active kan post mengenai e-tukar. Serasa seperti kaunter pertanyaan pulak. Saya hanya seorang guru biasa, bukanlah pegawai yang berkhidmat di PPD mahupun Jabatan atau Kementerian.

Ok, tutup cerita tentang Eg-tukar. Harapnya blog yang tidak seberapa ni akan kembali hidup setelah 2 tahun berkubur..kubur tanpa nisan, kubur in the cloud hehe..

Advertisements

Cantiknya PNB Ilham Resort..

PNB ILHAM RESORT, Tanjung Tuan, Port Dickson. Rasa ralat tak dapat masuk Hutan Rekreasi. Tapi apapun, akan ke sana lagi hujung bulan depan. Insya Allah.

This slideshow requires JavaScript.

Tudung Dinahariz

Promosi tudung Irdina..buy one, free one

Petang tadi Hanim, empunya Dinahariz Eshoppe hantar tudung-tudung jenis Irdina. Tak pernah lagi rasanya dapat kiriman sebanyak ni.. semuanya disebabkan promosi ‘buy one free one’ .. Memang tak rugi membeli dan memilikinya.. Anda bila lagi?

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati “Dinahariz Eshoppe” di Facebook. Anda akan teruja melihat tudung-tudungnya ūüôā

Tudung by dinahariz

Sila lawati dan mencuci mata anda dengan tudung-tudung handmade oleh tok mama dinahariz. Tudung yang unik, cantik, berkualiti dengan harga yang berpatutan. Anda beli , anda tidak rugi..

Blog dinahariz : http://dinahariz.blogspot.com/

Tudung dinahariz

Tudung dinahariz - warna ungu dan coklat

Warna coklat dipakai oleh adik pengarang semasa majlis perkahwinan sepupu

9 Nyawa

Wah.. satu lagi karya agung dari penulis kegemaran, Ramlee Awang Mursyid dengan tajuk 9 Nyawa. Melihat ilustrasi kulit buku yang bermatakan kucing pun sudah cukup menggamit hati untuk mendapatkannya. Malangnya minggu lepas, aku berada di Alor Star. Masih  belum ada di kedai buku Popular. Membaca sinopsis dan fragmen pun sudah membuatkan ku tidak sabar memiliki buku ini. Mungkin Selasa atau Rabu ini akan ku mencari novel ini. Yang pasti, 9 nyawa ini akan laris di pasaran.

Halaman: 512
Harga: RM19.90
Harga untuk Pelanggan Pos: RM19.00
Penulis: Ramlee Awang Murshid

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‚Äėnyawa‚Äô yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM

Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebih ‚Äėcelik‚Äô. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Untuk membaca fragmen novel sila klik di sini ūüôā

Novel 9 Nyawa karya terbaru RAM

Seronoknya!

Rasa seronok pula malam ni…bila ku buka web BPPK untuk semak status permohonan guru DG44 yang mengulang dalam tempoh peralihan 2009 ni. Alhamdullillah…7 orang yang didaftarkan rabu baru ni ada dalam database (kes tercicir). Rasa ralat yang sebelum ni menyelimuti diri akhirnya hilang ūüôā Terima kasih dik Mizan sebab hantar nama-nama tu ke BPPK..

Jadi, aku boleh lah sambung kerja ku dengan hati yang gembira…yeay!

me happy :)

Gambar ini tidak ada kena mengena dengan guru-guru berkenaan hanya kena mengena dengan empunya diri ni ūüôā

BANKUET DIRAJA & KOVESYEN ALUMNI UUM SEMPENA JUBLI PERAK

Maklumat dari alumni_uum@yahoo.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera¬† Para Alumni UUM Yang Budiman…..

Dengan segala hormatnya sukacita  pada tahun ini UUM menyambut Jubli Perak.   Sebagai salah satu aktiviti yang dicadangkan adalah Bankuet Diraja dan Konvensyen Alumni.   UUM  dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Dato/tuan/puan ke Bankuet Diraja dan Konvensyen Alumni yang akan diadakan pada 12 Disember 2009 .  Pohon jasa baik Dato/tuan/puan untuk mewar-warkan kepada rakan-rakan lain dari UUM yang tidak sempat kami hubungi.  Bersama ini disertakan maklumat Bankuet dan Konvensyen Alumni. 

 www.bankuetuum.net  

 1. KONVENSYEN ALUMNI

Tarikh        :    12 Disember 2009 (Sabtu)
Tempat      :    Seri Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
Masa         :    8.30 pagi Р5.00 petang   

Antara Menarik di Konvensyen Alumni 

a)    Ucaptama Konvensyen oleh Y.A.Bhg. Tun. Dr. Mahathir Mohamad
b)¬†¬†¬† Pelaksanaan Konvensyen ‚ÄúSmart Partnership Concepts‚ÄĚ
c)    UUM Archive, Jualan Cenderamata, Sesi Foto Pemandangan UUM                                   

2. BANKUET DIRAJA

Tarikh        :    12 Disember 2009 (Sabtu)

Tempat      :    Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur
Masa         :    6.00 petang Р11.00 malam   

 Antara Menarik di Bankuet Diraja

a)    Reception Cocktail & Alumni Networking
b)    Touching Montage & Video
c)    Chinese Course Dinner  
d)    Kehadiran Kerabat Diraja & Mantan Perdana Menteri Malaysia
e)    Persembahan Istimewa Adibah Noor & Artis UUM
f)     Penganugerahan Tokoh Alumni
g)    UUM Archive, Jualan Cenderamata, Sesi Foto Pemandangan UUM 

 Maklumat Terperinci & Tempahan:

 Seperti brosur di lampiran atau sila layari

¬†laman web ….. http://www.bankuetuum.net

 Tuan/Puan sebagai Graduan UUM adalah dijemput hadir.

===============================

SEKRETARIAT
BANKUET DIRAJA & KONVENSYEN ALUMNI UUM
PUSAT ALUMNI
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM SINTOK, KEDAH DARUL AMAN
Tel: 04-928 3178/4917/3126/3220 Faks: 04-928 3278

Untuk lihat butiran lanjut, sila klik Brochure_Bankuet_Alumni_UUM

My Convocation Day

UUM mengajar aku mengenali diri