never ending story

Posts tagged ‘balik kampung’

Teruja!!

Terujanya aku minggu ni, bukan sebab apa pun. Sebab dapat balik Kedah weekend ni.. fuh, lama tak balik , last jejak kaki sana bulan Mei/Jun. Mestilah teruja , tak sabar-sabar nak balik sana 🙂

Suasana menyambut ramadhan agak berbeza dengan sini..di Alor Staq lebih happening. Yang paling istimewa, tahun ni dapatla aku berterawih di sana buat beberapa hari, dan solat sunat Aidilfitri. Harapnya diberi kesihatan dan keadaan yang baik sepanjang berada di sana.Tahun lepas tak  berkesempatan langsung berterawih di masjid Rafeah Taman Uda tu, apa lagi berbuka puasa dengan mama n abah. Tahun ni dapat le merasa.

Suasana menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal di Kedah terutamanya di Alor Star lebih menyeronokkan. Majoriti penduduk merupakan orang Melayu yang beragama Islam, jadi lebih terasa kuatnya tarikan di sana. Zali pun mengaku masa mula-mula sampai di Alor Star dulu berbanding di Tangkak yang ramai dari kaum Cina.

So, lagi 2 hari je sebelum aku menghirup udara negeri Kedah tuh. Beg pun dah packing, hehehe.Semangat betul. Yusof dengan Nadia pun nak balik sekali. So, off we go to Kedah with Rush!

Kepada semua umat Islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin.

*****************************************************************************************************************

BALIK KAMPUNG – Sudirman Hj Arshad
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti