never ending story

Posts tagged ‘life’

Ganbate!!

Imelda a.k.a as Meda sepupu ku baru je posting ke Sibu, Sarawak 1 Ogos. SK Kenyana, Mukah tempat bakal dia mencurahkan bakti kepada anak-anak Malaysia. Perjalanan dari Sibu ke Mukah mengambil masa selama 3 jam menaiki bas, dan perlu menaiki bot selama 15 minit ( sekejap je) untuk sampai ke sekolah. Meda satu-satunya orang semenanjung yang menjadi guru di sana, mengajar subjek pemulihan. Dengar kata kuarters bakal didiami tiada reception phone. Bagaimana perasaan dia agaknya sekarang, apa yang aku tahu Meda memang jati diri nya kuat, boleh survive di sana. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Ganbate Meda, jumpa raya nanti (kalau hang balik le heee..)