never ending story

Posts tagged ‘Ramlee Awang Mursyid’

9 Nyawa

Wah.. satu lagi karya agung dari penulis kegemaran, Ramlee Awang Mursyid dengan tajuk 9 Nyawa. Melihat ilustrasi kulit buku yang bermatakan kucing pun sudah cukup menggamit hati untuk mendapatkannya. Malangnya minggu lepas, aku berada di Alor Star. Masih  belum ada di kedai buku Popular. Membaca sinopsis dan fragmen pun sudah membuatkan ku tidak sabar memiliki buku ini. Mungkin Selasa atau Rabu ini akan ku mencari novel ini. Yang pasti, 9 nyawa ini akan laris di pasaran.

Halaman: 512
Harga: RM19.90
Harga untuk Pelanggan Pos: RM19.00
Penulis: Ramlee Awang Murshid

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM

Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Untuk membaca fragmen novel sila klik di sini 🙂

Novel 9 Nyawa karya terbaru RAM

Advertisements

PERSONAL JUSTICE (adam) – by Ramlee Awang Mursyid

When Hilman met his daughter Jeslina in New York, after years of separation, they were both happy beyond compare. However, their happiness were short-lived when they were involved in road accident.
As a sharpshooter in the Malaysian Royal Police, survival was his playground. His investigation on the conspiracy, finally, led him to the White House!

Jeslina went into coma while Hilman was accused of drunk driving. In that chaotic situation, Mia Sara, an officer from Malaysian Embassy in Washington D.C, appeared. With her help, Hilman was advised to appear in court.

But, when Hilman found out about a conspiracy to hide the real cause of accident, he decided to seek justice on his own.

And, Hilman was never in awe standing before its door…

                                         Personal Justice by Ramlee Awang Mursyid

 
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_Personal%20Justice.html

 

 

Buku ni sebenarnya terjemahan dari karya asal penulis Ramlee Awang Mursyid yang bertajuk ADAM. ADAM ni dibeli beberapa tahun yang lepas. Rasanya tengah buat KPLI masa tu sekitar tahun 2003. Bila membacanya serasa seperti menonton movie. Memang tak rugi kalau membacanya.

Sinopsis ADAM – Aku Darah Anak Malaysia

DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA…  

Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.

Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu…

ADAM (Aku Darah Anak Malaysia)

 Masih menunggu karya terbaru Ramlee Awang Mursyid – Mikhail.